Followers

Friday, June 12, 2009

from Man United to Real Madrid..


MANCHESTER, England - Manchester United bersetuju menjual Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid dengan rekod perpindahan termahal di dunia sebanyak 96 juta euro atau 80 juta pound (RM461.5 juta), kata kelab itu semalam.

''Manchester United menerima tawaran perpindahan rekod dunia, tawaran tanpa syarat 80 juta pound untuk Cristiano Ronaldo dari Real Madrid,'' kata kenyataan kelab itu dalam laman webnya di bawah tajuk 'Reds terima bidaan £80 juta untuk Ronaldo.'

"Real Madrid mengesahkan telah melakukan tawaran kepada Manchester United untuk mendapatkan hak terhadap pemain, Cristiano Ronaldo. Kelab berharap untuk mencapai satu kata sepakat dengan pemain itu beberapa hari lagi," kata gergasi Sepanyol itu pada laman web mereka.

Dalam pada itu, laporan di England menyebut Ronaldo, yang kini bercuti di Los Angeles, pada awal tahun ini telah bersetuju dengan syarat pra kontrak bersama kelab Sepanyol itu dengan bayaran 8.3 juta pound (RM48 juta) setahun untuk tempoh lima tahun berikutnya.

Ronaldo berminat untuk menyertai Real selama 18 bulan sehingga bos United, Sir Alex Ferguson terpaksa membuat rayuan saat akhir bagi memujuk pemain itu supaya kekal di Old Trafford tahun lalu.

Bekas bintang Sporting Lisbon itu yang menyertai United dengan bayaran 12 juta pound (RM69.3 juta) pada 2003, jelas mahukan cabaran baru selepas memenangi Liga Juara-Juara pada 2008


puterahati berkata...>> akhirnya kesampaian gak hajat ronaldo nak maen tuk real madrid, yg merupakan impian dia sejak kecil lg..
apapun harap yg terbaek buat beliau semasa beraksi bersama real madrid nnt..
buat the great MANCHESTER UNITED...wlwpn kehilangan pemain yg bleh dikatakan star itu...ia tidak akan menjadi masalah dalam usaha Sir Alex Ferguson dalam mencorak pasukan yang terbaik utk menjadi kelab Inggeris yang paling hebat dan berjaya.. GLORY GLORY MANCHESTER UNITED

10 comments:

  1. naz da unline yeh!!!
    x abes2 glory2 dya!!!
    nympah~
    hakhahahahahahaaaaa~

    ReplyDelete
  2. yeahh...
    kena sokong real madrid plk lps nie...

    ReplyDelete
  3. eny..naz online skjp je smlm...
    keje la smlm.. huhuhu..lama tak borak ngn eny...lalalala

    tengku_fir21...
    i'll alwayz support MANCHESTER UNITED....

    ReplyDelete
  4. man u!!!
    sayang man u...huhu..^^

    ReplyDelete
  5. cr dah beat hrga zidane eh ?

    ReplyDelete
  6. rindu eny yeh?
    xpe..w0rk tu penting..
    eny bebile pon bole borak(^_^)

    ReplyDelete
  7. mimie...sayang man u ke player man u yang di sayang.??
    hehehehe

    nazya... tau takpe..mmg berharga mamat tu..

    eny...
    rindu la jugak ..hukhukhuk

    ReplyDelete
  8. man u....
    so sape player man u sume mimie syg..huhu..^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails