Followers

Tuesday, August 17, 2010

Palang oh Palang...:(

SALAM...


7 Ramadhan... Wah..dah masuk seminggu kita berpuasa ..kejap je kan..?? alhamdulillah..
arini aku keje pg..bosan dan ngantuk.. pepagi dah mendatangkan stress..nape..?? sbb pg td g opis palang kat kompleks CIQ tu tak berfungsi cam biasa, lps tu takde guard plak... dah la aku nak g kejar punch..aduss..!! aku pun apa lg , mula2 tu sabar gak, tunggu sesape yg muncul.. hm.. hampeh.. at last.. terpakse la bunyikan hon kete.. hmm..rupanya guard tu tertido kat dlm pondok tu..perghh..sabar je la.. macam-macam  la kan..

InsyaAllah.. minggu ni nak lik kg..tak sabar nak buke pose ngn famili kat kg... rindu nak main mercun..hehehehe..mood raye bpun dah mari ni.. nasib baik la tahun ni dpt cuti raye..kesian dak2 baru yg kene keje..fair and square k...xpe..raye kat opis pun kira best jugak.. lalalalala


petang ni nak buke ape ye..? pegi bazar tak tau nak li apa... mase kat bazar..mcm nak li sumer ..tamak tul nafsu makan aku ni.. once aku dah li , mase buke, just mkn nasi je.. kuih2 yang bli letak kat freezer je.. 2 hari kemudian baru mkn.. huhuhu.. dlm seminggu ni dah 4 hari mkn nasi kerabu je..

k la.. jumpa lg lenkali k.. nak g hantar sampel ke jabatan kimia dan makmal kimia kt jb...

Lirik Lagu Pilihan : Puasa Dulu Baru Raya _Raihan


 Puasa Dulu Baru Raya

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala (2x)
sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah
puasa ertinya menahan diri
dari lapar dan dahaga
juga perkara yang membatalkan
dari terbit fajar sehingga maghrib

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
puasa melatih kita sabar
puasa menjadikan kita sihat
puasa perlukan keikhlasan
di dalam bulan ramadhan

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
Hendaklah kita banyak sedekah
jangan lupa pula baca al quran
juga berzikir dan berdoa
dan berselawat ke atas nabi

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala
sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah

paling penting sebelum berhari raya
tunaikanlah zakat dan fitrah
agar kita dapat meraikan bersama
tanpa mengira miskin dan kaya

kini tibalah saat yang dinanti
hari kemenangan bagi kita
selamat berhari raya
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin
minal aidil wal faizin

Sunday, August 15, 2010

Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai

puasa dan kengkawan ..:)

salam......
hari ini masuk 5 ramadhan , sekejap je dah masuk hari ke-5 kita umat Islam berpuasa, alhamdulillah. hari ni hari minggu, tp aku awal 6.35 pg dah terpacak kat opis.. hm..keje..keje..keje..  mate ni dah x bleh blah dah ni..sbb mlm td tido lewat, then bangun sahur... then trus jaga till masuk opis.. klw terus tido rasenya tak terjage sudah.. heheh.. thnx la to housemate zul, sbb masak mee sup untuk sahur td.. aku tolong makan je.. hehehe.. 



kat sini aku nak ucapkan takziahlah buat salah seorang staf di pejabat aku , azmizan yang telah kehilangan ayah tercinta. Arwah ayahnya meninggal pagi semalam.. Apapun marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman disisiNya.. insyaAllah.. kepada Azmizan, tabahkan hati, mungkin ini ujian dari Allah untuk anda di bulan yang mulia ni, tabahkan hati dan kuatkan semangat..


waktu-waktu sekarang ni lah selalu teringatkan detik-detik semasa berpuasa bersama2 kengkawan kat kg n kolej.. meriah wey..lg2 bila masing2 jauh dari famili.. sebagai seorang student,mmg best.. tp pengalaman setelah bekerja pun kira ok jgk la..tak la semase duk praktikal kat terengganu.. 11 orang satu rumah..baangkan berapa kecoh n meriahnya terutama mase bangun sahur.. macam nak pergi berperang..hahaha.. ustaz daus, kome, wan, yasin, rashman, chulan, james,abe jar, fakhrul, dan juga abon.. korang sumer mmg best. separuh dari mereka sekarang dah berumah tangga, yang separuh lg, masih menunggu nombor giliran... hehehe.. 









Wednesday, August 11, 2010

berbuka apa..??

salam..

hm...first day of puasa.. skrg baru kul 4.38 ptg.. dah mula pikir nak buka apa nanti.??? hari hujan pulak.. cmner nak g bazaar.? nak masak ..xde bahan pulak kat umah.... hmmm roti..?akan dipikirkan nanti..hehe..
excited nak puasa tahun ni terasa sgt la.. first sbb tahun ni puasa ngn title 'tunangan orang'.. next year klw diizinkan Allah...adakah sebagai suami org.??? tunggu ya.. doakan yang terbaik..insyaAllah..
hm..apa agaknya Abah n adik2 aku kat kg buka arini... kejap lagi nak call abah la..
 tunang aku lak arini walaupun cuti hakikatnya...dia bekerja jugak..cian....klw dekat, leh berbuka sesama.


pagi tadi keje untuk bilik saringan H1N1.. mase tgk brite terkini kat tv3 pg td... WHO cakap wabak H1N1 dah xde , alhamdulillah.. maybe dalam beberapa hari ni , bilik saringan juga akan di tutup la.. 
lagipun kebelakangan ni jaga bilik saringan pun x banyak keje sgt.. reten..reten..reten... tu je la

k ..la nak solat asar jap..then baru pikirkan nak g bazaar or nak masak je.... hm....selamat berbuka puasa untuk sumer yer..:)

Tazkirah Ramadan 1

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK
Pertama

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan kerana dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah saw pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah saw dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.


Kedua

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,
2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


Ketiga
Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telingan daripada mendengar sesuatu yang dibenci, cth : nyanyian yang melalaikan
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah, cth : Produk Yahudi dan sekutunya
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

credit to :HidupHanyaUntukIslam



mood puase..:(

assalamualaikum...
alhamdulillah.. dapat jugak aku mase mecurah idea nak tulis dlm blog ni..
lama jgk x muncul kat cni.. hm...bz sket2...  alhamdulillah , atas rahmat yang di berikan Allah swt, dpt sekali lagi kita berjumpa di dalam bulan ramadhan yang penuh barkah ni. Sesungguhnya kita jgn lepaskan peluang beramal dengan sesungguhnya pada bulan ini. Moga puasa kita kali ni mendapat berkat dengan izin Allah swt.
Malam ni merupakan malam pertama kita berpuase di bulan Ramadhan 1431 masihi bersamaan dengan tahun 2010, alhamdulillah aku ngn housemate dapat jugak mengerjakan solat tarawikh di masjid Kuarters CIQ ni.. Nasib baikla arini tak kerja.. biasalah kan klw keje shift ni, terpaksela langkau2 jemaah terawikh di masjid. Tunang tersayang pulak janji nak kejutkan bangun sahur nanti..bertuah badan kan..:)

Malam ni rasa begitu sayu sekali pada aku.. tetiba ingatan kepada arwah ibu tercinta begitu hebat mendatang , hingga titisan air mata aku yg tak kusangka akan turun.. ya..aku memang sangat merindui arwah mak.. tahun ni merupakan tahun kedua kami sekeluarga berpuasa tanpa arwah mak... huhuhu.. aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah pada arwah ibu. tak sabar rasanya nak lik kampung ziarah kubur arwah... MAK.. achik sangat rindu kat mak.............:(:(:(
berbalik pada blog... korang perasan ade perubahan sket.. saje2 tukar mood.. hehehe.. apapun, kat sini aku ucapkan selamat berpuase buat korang... jgn tak pose k...

Salam Ramadan 2010

selamat berpuasa..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails