Followers

Friday, June 5, 2009

Kandungan dalam Kalimah Syahadah


Perkara yang biasa kita dengar adalah, apa bila ditanya akan semula berkenaan dengan syahadah, mereka pasti dapat mengikrarkan nya semula dengan baik. Namun apakah implikasi yang lain yang terdapat di dalam kalimah suci ini? Banyak dikalangan kita kurang mengetahuinya dan inilah punca sebenar mengapa manusia yang memahami dan telah meyakini Islam itu selama beberapa tahun, namun yang demikian, mereka tidak tahu apakah perkara lain yang harus mereka kerjakan di dalam dunia ini sebenarnya.

Kekeliruan pasti berada di lingkaran pemikiran pada mereka yang tidak mendalami atau cuba untuk menghayati kalimah syahadah ini. Mengapa pada hari ini, ramai yang ‘berbondong-bondong’ keluar atau MURTAD dari Islam? Hal ini sangat serius sehinggakan perkara ini menunjukkan bahawa mereka yang keluar dari Islam itu sangat jauh dari memahami implikasi sebenar Islam itu setelah mereka bersyahadah. Tidakkah ini menunjukkan bahawa mereka yang murtad itu tadi jahil akan perkara yang terdapat di dalam syahadah mereka? Dan jika ditanya kepada mereka ini, sudah tentu mereka mengatakan bahawa Islam itu hanya satu ikrar sahaja dan bukan pada amal kehidupan seharian. Dakwaan ini sudah tentu menyeleweng jauh dari perkara yang benar. Malah terdapat banyak ayat-ayat Allah yang menyatakan bahawa kalimah tayyibah ini akan membawa mereka kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Menagapa para pengikut Rasulullah s.a.w. mempertahankan syahadah mereka walaupun batu, api, pedang dan berbagai-bagai lagi yang mereka rasai pada tubuh badan mereka, mereka tetap mempertahankannya? Inilah perkara yang harus kita kini kaji dan memahami, apakah kandungan sebenar di dalam syahadah ini.

Mari kita lihat satu senario pelajar sekolah yang mana setiap hari mereka beratur pada setiap pagi lalu mereka berikrar di hadapan guru-guru mereka. Mereka laungkan bahwa mereka akan rajin berusaha untuk berjaya di masa hadapan. Mereka (pelajar) tekun menunaikan apa yang di ikrarkan di hadapan guru mereka. Tetapi mari kita lihat, kalimat syahadah itu bukan hanya ikrar, tetapi mengandungi perkara sumpah dan janji taat setia kepada Allah. Kita lihat murid sekolah tadi bersungguh-sungguh menunaikan ikrar mereka untuk membuktikan kejayaan mereka kepada guru dan ibu bapa mereka. Maka hampir samalah keadaan itu dengan situasi kita bersyahadah dengan Allah.

6 comments:

  1. puterahati-

    wahh..sungguh matang entry ini..

    *mcm mengalami perkara yg sm je..ngn ayu yeh?hehe..

    mandarin tuh blaja basic2 jeh..
    (^_^)

    skola dlu amek bhs jepon(^_^)

    ReplyDelete
  2. hehehe..pandai2 je eny..
    ayu..tiada kene mengena dlm ini kisah ye..!! hehehe..
    woohhh..dahsyat la, lots of bhase dunia.. bgus2..

    ReplyDelete
  3. puterahati-tp berguna..seswai utk smua lapisan masyarakat...

    ehe..laen kali gn la nm eny..

    tao?heheheheheheeeee

    ReplyDelete
  4. ok eny, nnt naz create satu utk eny k..

    ReplyDelete
  5. yay!!!
    shukew~
    heheheheheheeheeee(^_^)

    ReplyDelete
  6. hehehe..tgh cari idea utk eny nie..
    lalalalalal

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails