Followers

Tuesday, April 28, 2009

Swine Flu / Selesema Khinzir

Untuk pengetahuan, selesema babi (swine flu) ini berasal dari virus yang sama seperti ketika merebaknya Avian Flu beberapa tahun lepas, iaitu Orthomyxovirus.
Orthomyxovirus adalah satu virus yang unik, kerana ianya sangat cepat mengalami mutation terutama apabila terancam. Kalau dahulu Avian Flu diakibatkan oleh Orthomyxovirus variant H5N1. Kali ini, swine flu, ia mutate ntah kepada variant apa pula.
Virus ini, apabila perkembangan geneticnya terancam, ia akan dengan pantasnya mutate ke variasi lain, sama ada secara antigenic shift atau antigenic drift. Contohnya dulu masa Avian Flu merebak, kita manusia lakukan sedaya upaya menghalangnya, secara quarantine, prevention, vaccination etc. Dan sekarang tengoklah dalam masa lebih kurang 5 tahun je ianya dah mutate ke variation lain pula.
Kali ini, kita cuba menghalang variation swine flu ini pula. Percayalah, dalam 5-10 tahun nanti, pasti ia akan mutate kepada variation jenis lain, menyebabkan epidemic lain pula. mana tahu nanti jadi selesema kucing ke, selesema kambing ke etc.
So apa cara terbaik untuk menghalangnya?
Cara terbaik bukannya dengan one-time measurement seperti sekarang ni. Maksud saya, kalau ada kes epidemik cam sekarang ni baru nak jalankan langkah extreme seperti quarantine dan vaccination, ini tidak betul lah. Time sekarang ni la baru nak tekankan masyarakat untuk berjaga2 dsb. Bukan tak boleh, tetapi tindakan kita ini akan membentuk macam satu “barrier” @ “depression” dalam perkembangan genetic virus tersebut, lantas menggalakkannya untuk mutasi ke variasi lain pula.
Cuba kita fikir - virus ini sentiasa mahu target kepada manusia. Kerana apa? Kerana manusia adalah medium terbaik untuk ia membiak - kita manusia berada at the top of food chain, komunikasi kita yang sangat2 meluas (kapalterbang, etc), dan lain-lain. Dan yang paling penting sekali - manusia sekarang kian lemah dari segi imun kerana gaya hidup yang tidak sihat. Pemakanan tidak seimbang, seks terbuka secara meluas, tingginya kebergantungan kepada teknologi seterusnya menyebabkan kita kurang bersenam. Ya, virus itu tahu mengenai hal ini, sebab itu ia sedaya upaya hendak menjangkiti kita manusia. So halanglah camne pun - ia nak menjangkiti melalui burung (avian flu), kita dah halang. Ia nak menjangkiti melalui babi (swine flu), pun kita nk halang juga. Ia takkan berakhir, sebab virus ini akan mutasi ke variasi lain yang menggunakan cara lain pula untuk menjangkiti kita.
Sebab itulah, langkah paling baik adalah dengan mengekalkan gaya hidup sihat secara berterusan. Banyakkan makan buah-buahan dan vitamin, untuk meningkatkan sistem imun badan. Apabila terasa selesema, jangan bertangguh2 terus cepat2 pergi klinik ambil ubat, dan habiskan ubat yang dipreskripsi. Kalau anak2 ada tanda2 selesema, jangan benarkan dia bergaul dengan rakan2 yg lain. Jaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran, jangan sampai menjadi tempat pembiakan haiwan2 yang boleh menjadi vektor (tikus dsb). Perusahaan perladangan pula haruslah mengambil berat akan keadaan haiwan ternakan dan pekerjanya, seperti memberikan suntikan vaksin secara berkala dll.
Dengan cara itu, kita dapat membendung virus tersebut secara perlahan-lahan tanpa memaksanya mutate dengan pantas ke variasi lain. Lama kelamaan, ia akan mendapati semakin sukar untuk menjangkiti manusia, lantas ia akan mutate untuk menjangkiti haiwan lain pula tanpa membahayakan manusia.
Sekadar teori dari saya, berdasarkan apa yg telah saya pelajari =)

2 comments:

  1. korang sumer hati2 la ye...
    skrg virus tu dah sampai new zealand..
    tak jauh mana pun...
    huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails