Followers

Friday, February 27, 2009

pemeriksaan sekolah

semalam aku pi wat pemeriksaan sekolah ngn rakan sekerja aku, Salasiah. Ni antara sekolah yang kene diperiksa oleh Sal.. aku punye sekolah, next week baru aku igt nak mula check.. smlm sekolah yang kami pi check, Sek.Kebangsaan Morni Pok dan Sek.Kebangsaan Tiram duku, kedua2nya terletak di kawasan Gelang Patah JB. Setelah diperiksa, kedua-dua sekolah mnunjukaan prestasi yang lebih kurang same je.. Keselamatan dan tahap kesihatan sekolah terbabit, berada pada kedudukan yang memuaskan je.. bila kita bg advise utk tingkatkan keselamatan dan kesihatan , banyak je alasan yang diberikan.. tp...alasan2 tersebut mmg ada benar jugak..... BAJET takde..huhuu.. Banyak modal diperlukan utk digunakan bagi menaik taraf sesuatu sekolah.. aku harap pihak PPD lebih memainkan peranan terhadap sekolah-sekolah terutama yang berada di luar bandar agar fasiliti diterima sama seperti sekolah yang terdapat di Bandar.


*gambar akan ku kepilkan kemudian...

bila nak kawen...?


Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba...hahaha!

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

Wednesday, February 25, 2009

Gaji dah masuk...


hmm..arini gaji dah masuk, wlwpun x sbrape nilainya.. tp alhamdulillah..
bleh lah buat makan hari2, bg kat abah, bli barang2 umah.. simpan sket tuk li kete.. n then tau2 je dah habis.. ish..ish..ish..
yang tak dipuas hatikan ni.. dengan bos baru, DR.F... ish3..jht betul makcik tu, dia masuk je opis.. perrgghh sumer nak diubahnya.. bukan untuk kebaikan kami staff nya, tp menyusahkan lagi adeler.. adeke patut, mileage kami dipotong... klw tak nak org claim mileage, sediakan lah kenderaan jabatan yang secukupnya untuk digunakan pegawai2 nye.. apa daaa.. klw la dia tau macam mana keje kami...!! la ni nak claim gune teksi pun tak bleh... hampeh sungguh.. tak tahu nak jaga hati staf2 nye.. ni pun aku dah ade dengar ramai yang dah aplly minta tukar .. hahahaha..
hari ni mcm biasela.. keje start kul 3pm till 11 pm.. boring bile kene shift mcm ni.. seminggu pg..seminggu petang..
nsib baik la utk bulan ni je.. klw x...ish..ish..ish..

Tuesday, February 24, 2009

Estranged - AURORA


Estranged - AURORA

aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

aurora oh aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh
aurora oh aurora
tidak ada bunyi mu
sanggup aku tetap menunggu
terdiam kerana berwarna ungu
ku putuskan biar bisu

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

malam ini
aku sendiri
menumpu langit sambil berkata
gembira kamu disana
ku lihat, tersenyum, berwarna merah
ku tau kau selamat

semalam dan hari ini..




smlm aku lepak kat opis PTP ngn keras.. saje boring2, nak gak duk rase opis org lain camner plak kan..?? sempat gak la aku snap gambar syok sendiri.. huhuhu
bosan gak bila hari2 duk masuk opis sendiri.. ish..ish..ish..
tapi bila dah duk kat opis org lain, aku merasakan yg opis aku lagi besh dari opis org lain...huhuhu..
itu citer smlm... hari ini aku keje 16 jam woooo....termasuk 8 jam ot, direct tu dari jam 7 pg sampai 11 mlm... pergghh memang lebam la mata ni..ish..ish..ish.. apa nak buat..?? nak cari rezki lebih kene la berusaha..
macam biase bila aku masuk opis, aku mesti on pc then. nengok frenster aku then bace paper then aku nengok blog aku n then yg terbaru aku layan forum ex-batch aku dulu... www.dkp9.aceboard.com yang dihasilkan oleh saudara Syed yang kini bertugas di Pelabuhan Klang. apa-pun aku harapkan ramai lah ex DKP9/2005 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu akan join forum tu.. Kira layan gak lah bila borak2 ngn member2 lama...
Hari ni jugak si Izan baru lik bercuti.. Td mase aku lik umah jap, aku nengok, dah ade jam dinding baru, alas kaki baru... Baru sampai dari segamat... hahaha.. nway, tq kepada penaja...
Dan satu lagi aku nak gtaw, skrg ni dah masuk musim hujan, hari2 hujan.. macam hari ni sepanjang hari mendung je..

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains



Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktumalam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yangbanyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sekian untuk renungan kita bersama

The Divine Master - Di Sampingmu


Lirik Lagu The Divine Master - Disampingmu

Hey..
ingin aku menatap wajahmu
ku pandang potret indahmu
memang itu tak cukup bagiku
hanya itu yang ku termampu

setelah sepurnama diperantauan
hari itu yang kita nantikan
berdengup kita pergi ………….
melepas rindu yang terpendam

memang itu yang ku impi
impi miliki permata sepertimu
yang lama ku cari
cinta seperti mu
woo ooo woo ooo

kau punya kelembutan
punya perasaan sepertiku
oh bahagia diriku disampingmu

tapi dikau merajuk dihatiku
sentiasa indahlara dalam duka
hatiku tak henti-henti berkata
kau matang seorang wanita

jika usah wujud perkara mustahil
ku ingin bawa kau terbang tinggi
tempat yang indah tiada penghuni
kita bahagia dan menyanyi


kredit to

http://music-sdrkamil.blogspot.com/2008/12/divine-masters-disampingmu.html

Monday, February 23, 2009

2 hari berlalu....


dah 2 hari berlalu aku tak upgrade blog ni..
hm..skrang dah musim hujan..hari2 hujan..sejuk je spanjang mase..
smlm aku pi jusco ngn keras... basah kuyup kami mase on da way nak lik umah....hu3..mandi hujan seh..
smlm aku dapat msg dari celcom pasal takaful percume tu.. aku pun nak la dapatkan nya..percume la katakan.. lps aku daftar, dia kata nombor aku didaftarkan atas nama org lain.. pergghh btul ke ni..?? aku dapat sim free ni pun mase aku li telefon baru last year.. sakit hati btul aku, igt esk aku nak pi kedai yg aku bli.. knape lak register atas name org lain...hampeh sungguh...

Friday, February 20, 2009

Salam Jumaat..


Hari ini jumaat ,20/02/2009. apa yang aku nak citer arini ye..? macam boring je arini...macam biase arini aku masuk keje kul 7pg. Masuk opis, on tv n ngk Malaysia Hari ini. Best gak topik2 dia arini antaranya siaran langsung dengan Mazidul dari penempatan pekerja asing yang tertipu..mcm menarik je citer, kene tengok 360 mlm ni.. selain tu ade citer pasalkonsertl final Mystarz LG ahad ni.. n many more la..
yang aku nak citer skrg pasal artis undangan nye yang tak berapa nak best.. knapa ye smakin lame smakin ramai penyanyi lelaki ala2 perempuan yang kerap muncul ye... aku tak nak nyatakan siapalah, faham2 sendiri sudah.. selalu gak mereka2 ni muncul kat MHI, lepas sorang2.. bleh laku ke..?? ish..ish..ish..
Hari ni gak si izan balik kg , bercuti.. so tinggal lah aku ngn keras je kat umah.. katanya nak cuti sampai hari ahad ni.. lps izan balik , si keras pulak cuti .. then turn aku plak nak cuti.. Bila agaknya sampai turn aku nnt..?? aku bajet, tgh bln 3 ni baru aku nak cuti.. Malam semalam sempat gak aku nengok citer KELIWON kat tv3, ni drama feveret si keras, kami yang lain ni just follow macam tu je.. tp bg aku episod semalam kurang menarik n x berapa bagus endingnye.. hm..hope lps ni next episode, citernye bagus.. abis je citer tu, si keras suh aku carikan lagu tema KELIWON, nyanyian farawahida iaitu jgn kau pergi.. best gak lagu tu...

KELIWON


Slot Seram yang disiarkan menerusi TV3 terus mendapat sambutan menggalakkan setiap minggu. Sejak diperkenalkan, bermula dengan siri Susuk sehinggalah Puaka Niang Rapik, peningkatan penonton yang menyaksikan slot yang disiarkan setiap Khamis jam 9.30 malam ini bertambah setiap kali ia disiarkan. Kini, TV3 mempamerkan kelainan dalam slot ini dengan menampilkan satu lagi siri seram, ”Keliwon” yang akan menemui penonton mulai 5 Februari 2009. Berbeza dengan siri yang ditayangkan sebelum ini, ”Keliwon” memaparkan kisah yang berbeza setiap minggu dengan pelakon-pelakon yang berbeza.
”Keliwon” diarahkan oleh Rashid Sibir, pengarah yang sinonim dengan drama bergenre cinta yang sering menyentuh perasaan naluri penonton menerusi hasil kerjanya. Buat pertama kalinya, Rashid mencuba sesuatu yang baru apabila berubah arah kepada menghasilan drama bergenre seram pula. Lebih menarik siri ”Keliwon” yang bersiaran sebanyak 13 episod ini menampilkan kelainan pada setiap episod yang memaparkan kisah seram rakyat. Siri ini diterbitkah oleh syarikat miliknya sendiri, Rashbir Media Sdn. Bhd.
Apa yang penting, adalah pada tajuk itu sendiri. ”Keliwon” merupakan perkataan Jawa dan menurut kepercayaan mereka, makhluk-makhluk halus pada malam Jumaat ketiga setiap bulan merupakan malam yang ’keras’ dan akan merayau dan mengacau orang ramai. Drama sebegini bukan berniat untuk menakut-nakutkan orang tetapi ini adalah untuk mengajar penonton mengelakkan diri daripada tertipu atau mempercayai ajaran-ajaran tahyul. Cerita-cerita sebegini membangkitkan nostalgia kepada generasi lama dan membuka mata genarasi muda.

Berdasarkan cerita-cerita seram rakyat ini, sebanyak 13 episod yang akan membawa penonton mengenali entiti-entiti seram dengan tajuk-tajuk menarik seperti Sungai Puaka, Darah Lantera, Saka Harimau, Saka Pulut Kuning, Santau, Pontianak, Hantu Kopek, Tiang Seri, Anak Belaan, Rasuk, Puaka Kain Kapan, Mak Andam Cantik dan Puja. Dengan cerita berbeza setiap minggu ia akan membangkitkan rasa seram dan suspen dalam minda penonton. Dengan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami setiap episod juga turut menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan panduan.

Barisan-barisan pelakon yang membintangi ”Keliwon” ini juga tidak kurang hebatnya. Setiap minggu ia menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Emelda Rosmila, Zed Zaidi, Zulhuzaimi, Elly Mazlein, Fezrul Khan, Mariani, Adet, Kefli, Maria Farida, Hamidah Wahab, Khatijah Tan, Norlia Ramli, Wan Maimunah, Rosnah Mat Aris, Norkhiriah, Safura, Fazura, Azizan Nin dan ramai lagi.

Wednesday, February 18, 2009

You are the everlasting LOVE

Jika Aku Jatuh Cinta.....

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertempuk sebelah tangan. Namun Allah tidak egois mendominasi cinta hamba-Nya. Dia berikan kita cinta kepada anak, istri, suami, orang tua, kaum muslimin. Tapi cinta itu tentu porsinya tidak melebihi cinta kita pada Allah, karena Allah mengatakan, “Katakanlah! ‘Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, istri-istrimu, kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatiri akan merugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan berjiha di jalan-Nya, maka tunggulah keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.” Cinta. Sebuah kata singkat yang memiliki makna luas. Walaupun belum teridentifikasi secara pasti, namun eksistensi cinta diakui oleh semua orang. Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat sebatang kayu yang baik. Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya lahir batin, lidah dan anggota-anggota badan. Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan, seperti ditujukkanya asap dalam api dan ditunjukkanya buah dan pohon.

Prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas dari pengaruh cintanya seorang pemuda kepada pemudi. Umar bin Abdul Aziz berhasil memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah dari pada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah menempatkannya pada tempat, waktu dan sisi yang tepat.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Taklimat IPVN Fosim kat Putrajaya




semalam, 17/02/2009 aku mewakili pejabat aku utk hadiri taklimat Fosim kat Putrajaya, dari umah aku bersame housemate (izan, gambar kedua) yang mana sebagai wakit opis dia di ptp untuk hadiri progm yang same. Dari CIQ kami bertolak jam 4.05mnt pg sebelum berkumpul di PKJB jam 5 pg untuk pergi bersame2 dgn 3 org lagi wakil pejabat2 kesihatan pintu masuk sekitar jb.
Taklimat di Putrajaya berlangsung di bangunan KKM di Parcel E-7. Bermula jam 9.30pg dan berakhir jam 1.00tgh.

Roda Impian yang tak berapa best..




hari isnin lepas aku ade ternengok citer roda impian kat tv3, yang mane kieran n foziah gous yg jadi pengacara tu.. pergghh..tak besh langsung musim baru ni..memang tak besh langsung...
hadiah yang di tawarkan pun ciput je.. paling tinggi dalam round 2 or tiga setakat RM150 je.. apekehe slogan yang dinyatakan oleh hos rancangan tu, si kieran..."musim baru yang mana hadiah yang ditawarkan lebih lumayan".. jauh panggang dari api.. n shownyer pun tak berapa menarik minat.. kos bajet sgt ke..??
ish2....jauh benar bezanya ngn rancangan roda impian kat astro dulu...

Monday, February 16, 2009

Baru pulang dari singapura....






arini aku baru sampai dari seberang laut...singapura.. sejak dua menjak ni kerap jugak aku masuk singapura setiap hujung minggu.. minggu ni aku ke singapura sebab menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Yuan Chuan Road di taman Jurong. Kat sini aku selitkan beberapa gambar sekitar majlis yang berlangsung pada 15/02/2009. Penat tak penat jugaklah, sebab pada majlis tu kami sekeluarga rewang beramai2.. memang meriah.. penat pun tak rase sangat mase majlis, tp bila balik umah...perrrggg penat giler tak terkire..

Friday, February 13, 2009

Malam masih muda...jeng..jeng..jeng..


Assalamualaikum... penat betul hari ni, dahlah siang td kuar bandar, then malam kene masuk keje.. nway, inilah namanya kehidupan yang kene tempoh semalam, hari ini, dan hari-hari yang mendatang.. Walaupun aku kurang sehat, tp alhamdulillah dah beransur sembuh, aku hepi ngn life aku skrg... Lega jugak bila dapat selesaikan masalah yang tiba2 muncul dalam minggu ni.. May Allah always bless us.. insyaAllah..
Malam ni gak aku sibukkan diri "make-up" blog aku ni... pening gak nak wat camner..?? biasalah org baru, x tau nak minta tolong sape tuk handle blog ni.. hope korang yang layan blog aku ni bleh terime seadanya, klw ade idea or komen tentang blog ni , jgn segan2 kan diri anda memberi feedback.. we are friends kan.?????
alhamdulillah aku hepi dengan apa aku buat sekarang dan aku sentiasa bermohon dan berdoa kepadaNYA supaya sentiasa merahmati dan memberi hidayah kepada semua umat Islam di muka bumi ini akan sentiasa aman dan bahagia hidup mereka...ameennn

Valentine's Day

Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol

Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

thnx to:-
www.iluvislam.com

Bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?


Semua orang petah berbicara mengenai cinta,
tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang
terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang
tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia
yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya
supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda
Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah
ialah mencintai kerana Allah dan membenci
kerana Allah Riwayat Ahmad
Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu,
otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri
hingga merosakkan hidup, nescaya diburu
penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan
perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya
dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara
keduanya bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka. Untuk saling memahami,
seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya
kita sering menganggap bahawa yang meluahkan
rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.
Keintiman pasangan dilihat sejauh mana
perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka.
Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling
bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab
adalah antara petanda bahawa keintiman antara
mereka semakin berkurangan.
Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat
daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau
negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud
anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap
pasangan menyebabkan hilang keseronokan
dalam perhubungan malah timbul kebosanan.
Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung.
Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut,
kerana mereka gemar meluahkan perasaan
dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa.
Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan
tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai
pasangannya. Cemburu biar kena pada
tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan
alasan untuk membela antara satu sama lain.
Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha
mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.
Pasangan yang selalu hendak menang,
pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah
pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika
setiap pasangan mengharapkan cinta mereka
saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih
sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah
sebaik-baik pengharapan.
Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari
nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami
keikhlasan pasangan anda seadanya!

sehari di Jusco Bukit Indah..



Hari ni entah apa kes agaknya yang membuatkan aku ngn housemate aku rancang nak pi shopping kat Jusco Bukit Indah.. Tba2 bila ade yang bg idea..kami bertiga trus setuju.. saje window shopping..
kat cni aku sertakan beberapa gambar...
yang ni dua org mamat la housemate.. wlpun kami lain2 opis, tp kami dari tempat blajar yang same.. kira orait la tu..
yang berbaju NIKE ni namanya Ruhaizan, atau lebih senang dipanggil Michael dikalangan member kolejnye.. Yang sorang lagi yang berbadan sasa , namanya Salihin, atau lebih hebat dipanggil KERAS oleh konco-konconye..



Mase ni kami tengah survey blender baru.. Pandai betul budak berdua ni pilih barangan dapur..hebat..
Aku cume pandai menyibuk je.. huhuhuhu



Ni lah aku..suke sgt interframe dlm gambar...
tapi disebabkan fon aku dah weak.. setakat 2, 3 keping je dapat snap.. ok la tu.. lain2 gambar kat dlm fon keras.. aku tak sempat nak sedut, sebab kene pi keje ngn tergesa2...

Thursday, February 12, 2009

Glory..Glory Man United...yeaaahh..!!


Glory Glory Man United

Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
Glory, glory, Man United,
And the reds go marching on, on, on.

Just like the Busby Babes in Days gone by
We'll keep the Red Flags flying high
You've got to see yourself from far and wide
You've got to hear the masses sing with pride

United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly

In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will know just who we are
They'll be singing 'Que Sera Sera'

United! Man United!
We're the boys in Red and we're on our way to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly
Wem-ber-ly! Wem-ber-ly!
We're the famous Man United and we're going to Wem-ber-ly

Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
Glory Glory Man United
As the Reds Go Marching On! On! On! (3x)

:~-> UNITED WE STAND <-~:



Lagu Kita


Lagu Kita - Aizat

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita


komen aku..
aku memang suka dgr lagu ni..layan lah jugak, tapi tak la sampai melalaikan..
alunan muzik n lirik dia memang best...senang bila mendengar...
ni antara my fav song la kiranya..
Mudah bila nak sebut I LUV U, tp susah nak laksanakannye..

Demam lagi.....ish..ish..ish..


Dalam mase sebulan ni dah dua kali aku demam, selesema dah macam air paip dah, aku pun tak tau, adakah imune badan aku makin susut..??? Mungkin btul jugak cakap kakak aku, aku ni klw mkn ubat, mesti tak abis... mcm manalah badan nak sehat btul2..??
Tp aku pun tak tau la, semenjak keje kat tempat baru ni 4 bulan lepas, kerap jugak kene demam, adakah disebabkan persekitaran, ataupun aku ni tak mengamalkan amalan kesihatan yang baik..?? yelah, first time keje shift, corak hidup seharian pun berubah..?? btul ke apa yang aku cakap ni..?? hmm..apaapapun doakan aku cepat sembuh ye...

Wednesday, February 11, 2009

Carilah Cinta

Tazkirah : Usah buka aib sesama Muslim


Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."


Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa..."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.


-Ust. Mohd Zawawi Yusoh-

Hari Ini Hari Rabu...

Mcm biasalah , arini masuk opis jam3.00pm tapi aku dah sampai jam2.30pm td.. Saje dtg awal, xde ape nak wat umah.., bila aku buka blog ni, skali ade sorang housemate aku telah singgah kejap n memberi komen kat blog ni.. ish..ish..ish.. nway, thnx la jugak sebab sudi jenguk blog kawan dia yang tak seberape ni.. Hari n juga tadi, my-ex minta address aku tuk pulangkan sumer barang2 yang aku penah bagi kat dia.. Dan satu je jwpn aku kat dia...cannot!!!! aku takkan bagi, terpulanglah kat dia nak buat aper dgn barang2 tu... Memang tak dinafikan, yang aku masih sayang kat dia, tapi aku mesti buat keputusan dgn bijak... Apapun skrg aku kene terus pandang ke hadapan dan berharap segala yang terbaik utk aku dan aku sentiasa berdoa kepada tuhan mengharapkan perjalanan hidup ku ini sentiasa dirahmati dan senantiasa menjunjung tinggi cinta terhadapNYA.. InsyaAllah

Tuesday, February 10, 2009



hari ni aku dapat rasakan feel lain sket..?? apa yang lainnye?? entahlah.. Keje kat opis pun makin bertambah, walaupun nampak je relaks keje kat sini, tp jgn tak tau, banyak cabaran n dugaan, silap-silap haribulan boleh jadi stress.. apapun alhamdulillah, stakat ni masih boleh dikawal lagi..
Pagi td aku diberitahu kene pi meeting pasal FOSiM kat putrajaya pada 17/2/2009 ni..Nasib ade member umah yang keje kat PTP pergi skali, ade jugak member nnt..

Aku pun makin malas nak nengok berita skrg, politik, politik, politik. Dulu aku tak minat politik, tp aku slalu gak ikuti keadaan semase politik.. tp skrg makin apa-apa- ntah,politik ni dah di ibaratkan macam taman permainan kanak-kanak pulak..kadang-kadang aku gelak sendiri ngn keadaan politik kat malaysia ni..huhuhu..
hopefully, Keadaan ni akan berubah dan kembali stabil.. insyaAllah..

Monday, February 9, 2009

May Allah Bless Us

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka. Aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

thnks to ukhwah.com

Baru pulang dari kampung...


Assalamualaikum.. baru je sampai dari kampung, terus je masuk opis... perrgghhh.. penat x penat jugak la.. hm...hari ni cuti thaipussam, tp banyak jugak la barang yang masuk dari singapore..
tp apa-apapun, keje tetap keje, yang penting hati mesti hepi... senyum sokmo ..
Aku pun sebenarnya baru sampai dari singapura, bercuti kat umah famili.. Sebenarnya, arwah mak aku bersasal dari singapura, so singapura tu mcm mysecond home la.. slalu ulang alik..
hmm..yang aj sangka aku, hebat betul penangan politik perak, sampai jadi buah mulut org2 singapura... hebat2 PR...
Apapun aku harap, bende-bende ni cpat2lah aman, takut nnt makin teruk jadinya..
Lain yang diharapkan, lain pula yang terjadi..
anyway..peace Malaysia..

Friday, February 6, 2009

Free Palestine, Boycott Israel and America






Selamat Pengantin Baru


Assaamualaikum...
Semakin hari, usia semakin meningkat.. Satu persatu kawan-kawanku akan menamatkan zaman bujang mereka. Kat sini aku nak ucapkan Selamat Pengantin baru buat sahabat, Mohd Fathi atau lebih dikenali sbg MOQ yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 15/2/2009 ini. Semoga kalian berdua suami isteri berbahagia dan sentiasa di rahmati Allah swt. Begitu juga buat sepupu, Mukhlis yang akan melangsungkan pertunangan pada bulan 3 ini. Selamat Bertunang...

Hm...ramai jugak yang tanya, bila giliran puterahati? ..hm...jawabnya, belum sampai jodoh lagi..
InsyaAllah, ada jodoh, tak kemana...

Wednesday, February 4, 2009

Kadang- Kadang


Kadang-kadang bila dipikirkan tentang diri ni, aku masih x pasti, masih lagi mencari-cari sesuatu yang tak pasti..
Kadang-kadang juga aku rasakan hidup ini tidak beerti lagi, tanpa ibu di sisi , aku masih merindui setiap kenangan indah ketika bersamanya..
Kadang-kadang aku juga sentiasa mencuba perbaiki dirini, tapi tak tahu dimana hendak mulakan, apa yang nak aku lakukan?...
kadang-kadang aku sering merasa tertekan dek keadaan persekitaran..
kadang-kadang, entahlah... aku sendiri tak pasti..

Yang aku harapkankan keimanan dan cintaku terhadap Yang Maha Pencipta akan terus memberi petunjuk dan hidayahNYA kepada hambaNYA yang lemah ini.. insyaAllah..
May ALLAH swt always bless us...

What I love About Islam


Disni saya paparkan antara pengakuan yang menyentuh hati saya tentang ISLAM yang boleh dijadikan tauladan dan iktibar..----puterahati

Salam,

What I love About Islam is that any practice that it teaches has hikma (wisdom) and such a clear purpose behind it and so many benefits. Today I was waiting outside a supermarket In Brooklyn, And This Black Kid walked pass me about 15 years old, He saw me dressed in Islamic Clothing kind of like a tobe and he said “Yo it’s your holiday right?”, I replied “na not yet but we are fasting for 30 days” then he said “werd, that means ya can’t eat right”. I said “Yup from sunrise to sunset”, Then he said yo how you be doing that? I told him people die all the time around the world because they don’t have food, and plus it makes us stronger”. Then he said “Yo i feel you man”, “Waalaikumusalam”. I was happy to hear him say that in his Brooklyn accent, which i also possess as you can see (Chill Yo Islam Yo).

But Anyhow what I wanted to say was that anytime a person questions what we are doing because we are Muslim, so many thoughts automatically come into our head, that can make them think why Islam is so official. Especially when they question our prayers. My first answer is that you can compare praying to taking a bath except it cleans our hearts and brings us back to our purpose in life, but on top of that, what other religion Prays to God 5 times a day, this is why Islam is the truth, and when we are praying and we go into sajdah, we are bowing down and that is the highest level of Submission to Allah.

Another thing which I love about Islam is the brotherhood, The other day i was speaking to a non Muslim about Islam, An African American, I first told him that Islam was the first Religion to Eliminate Racism (Mashallah the same day he took shahadah, Inshallah Allah guide him), and in a beautiful Hadith our Prophet Muhammad said “An arab doesn’t have superiority over a non Arab, or a Non Arab over an Arab, or a White man over a Black man, or a Black man over a White man”, and you can see this today.

Especially in Brooklyn, if you enter a mosque, at least around my way, you see all types of Brothers, Black, White, Arab, Desi, Spanish, And Islam came with this gift, and there is no person in history that came before Our Prophet with this teaching of equality.

So what im saying is be yourself, be Muslim, today i saw so many Jews wearing yamachas whatever that’s called, and it made me think i should wear a kufi, its my religious symbol, and if we do follow our Beloved Prophet Muhammad more and more we will see the significant change in our life’s. Just by doing little things, Non Muslims will question our practices as the kid did today, and Alhumduillah as a result I was able to open his mind up.

So Inshallah let’s Keep it Real and Remember that first and foremost we our Muslims, We all Submit To the Will of Allah. We can make such a big difference by reviving the sunnah in any way we can and this is another reason why i love Islam, anyone hating on Muslims, Stop watching the News, Go pick up some real books and read, read and learn why this Religion is so beautiful.

Inshallah Allah helps us all in this life, Ameen!

Dipetik dari
http://www.chillyoislamyo.com/why-i-love-islam/

Nama Yang Dicinta


Mendengar nama Allah Subhanahu wa Ta’ala disebut, membuat hati bergetar

Karena itulah nama yang dicinta

Karena Ar Rahman, aku yang semula tiada, menjadi ada

Karena Ar Rahiim, yang memberikan aku pendengaran, penglihatan dan hati

Al Malik sangat baik padaku

Memberi meski belum kuminta

Al Quddus memberi aku makan dan minum

As Salam, Al Mu’min, memberikan aku kehidupan

Waktu shalat adalah yang paling dinanti

Saat itulah aku bisa bertemu dengan Al Muhaimin

Bagian dari rasa syukurku pada Al Aziz

Al Jabbar yang menguasai kerajaan langit dan bumi

Aku menyedihkan hatiku bila bermaksiat pada Al Mutakabbir

Aku senang bila aku ada dalam ketaatan pada Al Khaliq

Lisan ingin selalu menyebut nama Al Bari’

Hati selalu merindukan Al Musawwir, bilakah bertemu ?

Tangan ingin bergerak sesuai kehendak Al Ghafar

Kaki ingin melangkah menuju tempat yang diridhai Al Qahhar

Mata ingin melihat apa yang dihalalkan Al Wahhab

Wahai Ar Razzaq, Al Fattah, Al ’Aliim….

Al Qabid, Al Basith, cinta yang kekal sepanjang masa

Namun cinta pada Al Khafid penuh ujian

Karena Ar Rafi’ berfirman, ”Apakah kamu mengira, kamu akan dibiarkan saja mengatakan ’Kami beriman’, sedang kamu tidak diuji lagi ?”

Al Muzillu menjanjikan hari perjumpaan

Hari disingkapnya segala isi hati dan amalan di hadapan As Sami’

Al Basir akan bangkitkanku dari kubur

Pada hari itu kesedihan dunia berlalu, di bawah naungan Al Hakam

Al ’Adl sering memberi mimpi hikmah padaku

Al Latif memberikan hidayah dengan ragam cara

Tidak ada yang lepas dari pengawasan Al Khabir

Maka kudidik hati agar ikhlas hanya untuk Al Haliim

Begitu banyak hamba yang mencintai Al Azim, Al Ghafur

Mujahidin yang senantiasa bertasbih kepada Asy Syakur

Lantas dimanakah kedudukanku di hadapan Al ‘Aliyy

Akankah Al Kabiir ingat kepadaku di hari pertemuan nanti ?

Ingin menatap wajah Al Hafiz

Al Muqitu ada di atas Arsy

Yang Arsy Al Hasib dibawa oleh para malaikat yang mulia lagi berbakti

Senantiasa Al Jaliil ada dalam kesibukan

Menatap langit malam ciptaan Al Karim, sungguh indah

Ar Raqib mencintai keindahan

Ayat-ayat kauniyah dan kauliyah Al Mujibu indah dan menakjubkan

Al Wasi’u tidak pernah menganiaya hamba-hambanya.

Al Hakim memberi episode kehidupan kepadaku

Al Wadudu ada kalanya memberi kemudahan atau kesulitan

Tetapi firman Al Majid, “Sesudah kesulitan ada kemudahan.”

Al Basi’ selalu bersama hambanya di dunia dan di akhirat

Ketika aku mencintai Asy Syahid,

Maka aku pun akan mencintai hamba-hamba Al Haqq yang lain

Aku akan mengulurkan tangan pada manusia ciptaan Al Wakiil

Demikianlah Al Qawiyy mengajarkan tentang cinta yang sesungguhnya


Mendengar nama Allah Subhanahu wa Ta’ala disebut, membuat hati bergetar

Karena itulah nama yang dicinta

Karena Ar Rahman, aku yang semula tiada, menjadi ada

Karena Ar Rahiim, yang memberikan aku pendengaran, penglihatan dan hati

Al Malik sangat baik padaku

Memberi meski belum kuminta

Al Quddus memberi aku makan dan minum

As Salam, Al Mu’min, memberikan aku kehidupan

Waktu shalat adalah yang paling dinanti

Saat itulah aku bisa bertemu dengan Al Muhaimin

Bagian dari rasa syukurku pada Al Aziz

Al Jabbar yang menguasai kerajaan langit dan bumi

Aku menyedihkan hatiku bila bermaksiat pada Al Mutakabbir

Aku senang bila aku ada dalam ketaatan pada Al Khaliq

Lisan ingin selalu menyebut nama Al Bari’

Hati selalu merindukan Al Musawwir, bilakah bertemu ?

Tangan ingin bergerak sesuai kehendak Al Ghafar

Kaki ingin melangkah menuju tempat yang diridhai Al Qahhar

Mata ingin melihat apa yang dihalalkan Al Wahhab

Wahai Ar Razzaq, Al Fattah, Al ’Aliim….

Al Qabid, Al Basith, cinta yang kekal sepanjang masa

Namun cinta pada Al Khafid penuh ujian

Karena Ar Rafi’ berfirman, ”Apakah kamu mengira, kamu akan dibiarkan saja mengatakan ’Kami beriman’, sedang kamu tidak diuji lagi ?”

Al Muzillu menjanjikan hari perjumpaan

Hari disingkapnya segala isi hati dan amalan di hadapan As Sami’

Al Basir akan bangkitkanku dari kubur

Pada hari itu kesedihan dunia berlalu, di bawah naungan Al Hakam

Al ’Adl sering memberi mimpi hikmah padaku

Al Latif memberikan hidayah dengan ragam cara

Tidak ada yang lepas dari pengawasan Al Khabir

Maka kudidik hati agar ikhlas hanya untuk Al Haliim

Begitu banyak hamba yang mencintai Al Azim, Al Ghafur

Mujahidin yang senantiasa bertasbih kepada Asy Syakur

Lantas dimanakah kedudukanku di hadapan Al ‘Aliyy

Akankah Al Kabiir ingat kepadaku di hari pertemuan nanti ?

Ingin menatap wajah Al Hafiz…

Al Muqitu ada di atas Arsy

Yang Arsy Al Hasib dibawa oleh para malaikat yang mulia lagi berbakti

Senantiasa Al Jaliil ada dalam kesibukan

Menatap langit malam ciptaan Al Karim, sungguh indah

Ar Raqib mencintai keindahan

Ayat-ayat kauniyah dan kauliyah Al Mujibu indah dan menakjubkan

Al Wasi’u tidak pernah menganiaya hamba-hambanya.

Al Hakim memberi episode kehidupan kepadaku

Al Wadudu ada kalanya memberi kemudahan atau kesulitan

Tetapi firman Al Majid, “Sesudah kesulitan ada kemudahan.”

Al Basi’ selalu bersama hambanya di dunia dan di akhirat

Ketika aku mencintai Asy Syahid,

Maka aku pun akan mencintai hamba-hamba Al Haqq yang lain

Aku akan mengulurkan tangan pada manusia ciptaan Al Wakiil

Demikianlah Al Qawiyy mengajarkan tentang cinta yang sesungguhnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails