Followers

Friday, February 27, 2009

pemeriksaan sekolah

semalam aku pi wat pemeriksaan sekolah ngn rakan sekerja aku, Salasiah. Ni antara sekolah yang kene diperiksa oleh Sal.. aku punye sekolah, next week baru aku igt nak mula check.. smlm sekolah yang kami pi check, Sek.Kebangsaan Morni Pok dan Sek.Kebangsaan Tiram duku, kedua2nya terletak di kawasan Gelang Patah JB. Setelah diperiksa, kedua-dua sekolah mnunjukaan prestasi yang lebih kurang same je.. Keselamatan dan tahap kesihatan sekolah terbabit, berada pada kedudukan yang memuaskan je.. bila kita bg advise utk tingkatkan keselamatan dan kesihatan , banyak je alasan yang diberikan.. tp...alasan2 tersebut mmg ada benar jugak..... BAJET takde..huhuu.. Banyak modal diperlukan utk digunakan bagi menaik taraf sesuatu sekolah.. aku harap pihak PPD lebih memainkan peranan terhadap sekolah-sekolah terutama yang berada di luar bandar agar fasiliti diterima sama seperti sekolah yang terdapat di Bandar.


*gambar akan ku kepilkan kemudian...

bila nak kawen...?


Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba...hahaha!

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

Wednesday, February 25, 2009

Gaji dah masuk...


hmm..arini gaji dah masuk, wlwpun x sbrape nilainya.. tp alhamdulillah..
bleh lah buat makan hari2, bg kat abah, bli barang2 umah.. simpan sket tuk li kete.. n then tau2 je dah habis.. ish..ish..ish..
yang tak dipuas hatikan ni.. dengan bos baru, DR.F... ish3..jht betul makcik tu, dia masuk je opis.. perrgghh sumer nak diubahnya.. bukan untuk kebaikan kami staff nya, tp menyusahkan lagi adeler.. adeke patut, mileage kami dipotong... klw tak nak org claim mileage, sediakan lah kenderaan jabatan yang secukupnya untuk digunakan pegawai2 nye.. apa daaa.. klw la dia tau macam mana keje kami...!! la ni nak claim gune teksi pun tak bleh... hampeh sungguh.. tak tahu nak jaga hati staf2 nye.. ni pun aku dah ade dengar ramai yang dah aplly minta tukar .. hahahaha..
hari ni mcm biasela.. keje start kul 3pm till 11 pm.. boring bile kene shift mcm ni.. seminggu pg..seminggu petang..
nsib baik la utk bulan ni je.. klw x...ish..ish..ish..

Tuesday, February 24, 2009

Estranged - AURORA


Estranged - AURORA

aurora oh aurora
pentingkah kamu itu
kenapa aku terpegun?
aurora oh aurora
selalu disanjungi
pernah ditanya mengapa?
ku tatap, berseri, berwarna hijau
yang menawan sanubari

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

aurora oh aurora
dari manakah kamu
kekal kamu sungguh jauh
aurora oh aurora
tidak ada bunyi mu
sanggup aku tetap menunggu
terdiam kerana berwarna ungu
ku putuskan biar bisu

walaupun jauh
kamu dekat di hati
pandanganku menanti mu
aurora
kamu memberi
kembali mencari

malam ini
aku sendiri
menumpu langit sambil berkata
gembira kamu disana
ku lihat, tersenyum, berwarna merah
ku tau kau selamat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails