Followers

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H/ 2011



Monday, February 14, 2011

Lirik Pilihan - Pulanglah by Awi Rafael

Pulanglah - Awi Rafael

Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak Nampak
Owh mata aku pedih sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh
Huuuuuu 2x
Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh



* skrg ni selalu gak terdengar lagu ni kat radio ERA, mula2 dengar cam biase2 je lagu, tp slalu dengar, kira best jugakla.. lagu dia catchy n very smooth la.. myb ni artis baru kot..klw tak silap aku yg slalu promo kat konsert riuh era tu kan... apa pun korang try la dgr lagu ni dulu bg yg x penah dgr..sila google je..:)

Hari Ini Hari Isnin

Salam untuk sumer..:)
semakin hari semakin dekat tarikh bersejarah untuk aku.. alhamdulillah setakat ni, sumer berjalan dengan baik, wlwpun kadang2 ada jugak masalah yg muncul..al maklumlah mana ade perfect kan..?? oklah..harapkan kengkawan doakan lah yg terbaik untuk mjlis aku nnt..!! sgt2 teruja ni... hahaha

semenjak pindah ke umah baru ni ( umah tumpang je sementara ).. xtvt pun berubah, dulu mase duk tingkat 1, naik tangga je turun n naik, skrg dah duk tingkat 5, niat di hati nak naik tangga, tp till now..kirim salam dulu la.. hahaha..umah lak dpn lif, lg la rajin...

ha... aku lupe lak nak citer pasal g meeting kat district last week, x pasal2 aku n the team kene balun ngn org atas.. sengal kan...! dah la aku x prepared apa2 pun tuk meeting tu, yelah, surat meeting kuar last minit, n then mase tu aku pun kurang sihat, sbtulnya aku bru lik klinik b4 dapat surat meeting.. so aku serahkanlah pada jr aku tuk wat apa yg patut.. adoii..!!  Mase time meeting tu la team aku kene balun.. mmg aku x leh jwb apa2 pun coz, presentation yg kami bawa tu pernah di present pada org yg sama... tp kenapa kali ni nak serang bagai..?? bak kata hati aku.. lantak korang la.. malas aku nak layan.., tutup telinga sudah..!!


k la, aku nak siap2 g keje ptg ni.. c u guys later... daaaaaaa...

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day ?


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.
Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang  ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya  dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?
Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?
Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."
Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

*artikel iluvislam.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails