Followers

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan...




Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi untuk ramadhan tahun ni tapi belum sampai lagi so tak pasti gak masih bernafas @ tak.. heh heh.. anyway tiap kali ramadhan sampai memang aku excited. bukan excited nak makan besh @ nak raya tau tapi excited nak kumpul pahala sebanyak mungkin. (^^)
Tp ramadhan kali ni berbeza ngn tahun-tahun yang lepas..tahun ni ramadhan pertama aku tanpa mak tercinta..huhuhuhu..sedihnyer.. masih lagi aku ingat, arwah lah yang selalulnya paling hepi n sibuk menjelang ramadhan ni. Selalunye first day puase, mak akan sediakan macam2 juadah berbuka.. yang pasti tahun ni, aku n famili yang lain sudah pasti merasakan perbezaannya.. Apa yang aku mampu lakukan untuk arwah di bulan mulia ni nnt, aku akan banyakkan sedekah fatihah n yassin wat arwah, n perbanyakkan doa agar arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman disisi Allah swt...ameen.. I,ll miss u so much mak..!!!

Thursday, August 13, 2009

minggu ni lik kg...


salam sumer..
ape cer ye..?? kes maut H1N1 makin meningkat hari ke hari, hari ni jumlah kematian akibat H1N1 ni dah cecah 51 orang.. ishhhhteruk giler dah..... pada kengkawan sumer.. berhati2lah, n amalkan kebersihan diri dan sekeliling kita.. hargai nyawa anda k.. apap2 pun kita banyak2 kanlah doa pada tuhan agar penyakit ini dapat di kawal segera. tp aku pun tak tau, naper org Malaysia ni mcm x ambil kisah sgt pasal benda ni.. mcm xde pape yg berlaku pun..wlwpun hari2 kat tv tu ade citer pasal kematian H1N1.. hmmm..susahlah klw cmnie, last wek housemate aku lik kg kat melaka, dia ade citer yg org2 kat melaka nmpknye ade gak yang pakai mask, terutama kat tmpat2 kunjungan org ramai....tp kat johor ni, ssh la nak nmpk..wlwpun paling banyak kematian akibat H1N1 ni berlaku kat johor... sape yg nak di salahkan..???

k, cukup pasal H1N1, aku nak gtaw, minggu ni aku nak lik kg..hoorrayyy..!!! aku balik pun bersebab jugak..sebb abah kat kg nak wat kenduri b4 masuk bulan ramadhan next week.. termasuk skali untuk kenduri arwah buat mak, nenek atok yg telah kembali kerahmatullah....
huhuhuhu..i miss so much my mom.. tahun ni 1st time pose n raye without my mom tercinta..huhuhu..sedihnyer...


klw ade member2 blog nak jumpa aku kat melaka..just let me know k(0122373914)

Wednesday, August 12, 2009

tarikh lihat anak bulan Ramadhan

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 20 Ogos

KUALA LUMPUR: Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis 20 Ogos ini. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu. Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu. Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

-BERITA HARIAN- 12/08/2009

selesema babi (H1N1) MENGGANAS

H1N1: 6 lagi kes kematian, keseluruhan 44

PUTRAJAYA: Enam lagi kes kematian terbaru, termasuk dua bayi akibat H1N1 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 44 kes sehingga semalam. Empat daripada enam kes kematian terbabit membabitkan mereka yang berisiko termasuk ibu mengandung berusia 18 tahun, bayi lelaki berusia 12 bulan dan bayi perempuan berusia 10 bulan. Perkara itu diumumkan pada sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di sini, sebentar tadi.

-BERITA HARIAN - 12/8/2009


Gelombang penyakit selesema babi (H1N1) di Malaysia semakin teruk n betambah kritikal. Langkah2 pencegahan perlu ditingkatkan dan maklaumat menegenai penyakit ini kene lah digiatkan dgn lebih lg bg memberi pengetahuan kepada penduduk mengenai bahaya penyakit ini. Pada pandangan aku, penggunaan mask, amatlah perlu diwajibkan penggunaannya ketika ini, bkn sahaja pada yang berisiko tinggi, but kpd sumer org , lbih2 lg bila perlu berade di tempat tumpuan ramai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails