Followers

Tuesday, April 7, 2009

mencari cinta..?


Pernah mencari cinta?

Seperti plato mencari cinta, dia bertanya pada gurunya,

"Bagaimana saya menemukan cinta?"

dijawab oleh gurunya,

"Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh berundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta."

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun. Gurunya bertanya,

"Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"

Plato menjawab,

"Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh berundur kembali (berpatah balik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumeneruskan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawa ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya."

Gurunya kemudian menjawab,

"Jadi ya itulah cinta" Atau mungkin seperti Arjuna yang mencari cinta? mendaki gunung tertinggi, menjelajahi isi bumi, mengarungi laut samudra. Atau seperti Ibrahim A.S yang mencari cinta? ketika malam datang terlihat bintang, "inikah yang aku cari?" Tapi ketika pagi tiba bintangpun menghilang "aku tak menyukai yang tenggelam". Begitu pun ketika melihat rembulan, melihat matahari yang lebih besar sinarnya, hingga akhirnya beliau menemukan cintanya...

Yang menciptakan bintang, rembulan, matahari dan semuanya. Bagaimana? Sudah menemukan cinta? Mudah-mudahan kita sudah menemukan sumber cinta dari segala cinta (Allah SWT), seperti nabi Allah Ibrahim A.S. kerana insyaAllah dengan begitu kita akan menemukan cinta-cinta yang lain.

Cinta kepada Rasulullah SAW yang sangat mencintaimu, kemudian cinta kepada Ibumu dan ayahmu yang dengan cinta membesarkanmu, cinta kepada suami/isterimu yang mendampingimu, kepada keluargamu, kepada tetanggamu, orang-orang yang lemah di antaramu, kerabatmu, dan seluruh mahluk-Nya....



*credit to iluvislam.com

Monday, April 6, 2009

aku..reten..dan ..dia..

assalamualaikum... korang prasan tak aku dah malas nak menaip dalam blog ni semenjak dua menjak ni..?? huhuhu....naper..??? ntahlah..xde mood la n then xde idea nak di kongsikan.. blur giler semenjak kene siapkan reten bulan MAC ... huhuhuu..first time buat reten, bleh pusing satu kepala ni..hahaha..kesian sungguh..
nway, lepas dah settle reten yang aku buat, aku rase lapang sket.. lepas ni leh lah aku wat sample yang banyak sbb bln lepas aku cume kesempatan wat satu sample je...ish3.. banyak btul perkara yg terjadi menyebabkan aku hanya mmpu laksanakan satu sample je.. hm..klw boss tanya nnt, apa aku nak jawab ye..??? any idea..??? huhuhu..jgn risau, aku dah sedia xplain yang jujur..hehehe

la ni pun aku bertambah happy sket, sbb hati aku dah dimiliki oleh seseorang secara tak sengaja...
aku pun tak sangka kami akan seserius ni..huhuhu.. nway, thanks to her, coz hadir dalam diri aku n sanggup terima any kelemahan ku, harap berkekalan, insyaAllah. ......thanks again.. cewah...tetiba je jadi romantik lak..huhuhu...hampeh sungguh..

Jom Tonton - Jangan Tegur


Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita








Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri






Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.


nnatikan kemunculan nya di PAWAGAM berham-piran anda pada 9 APRIL 2009 ini..

Saturday, April 4, 2009

makan makan di Jusco Bukit Indah



Hari ni aku ngn housemate..izan dan keras pi mkn2 kat Jusco Bukit Indah.. itulah tempat biase yg kami lepak..huhuhu..nak g tmpat lain jauh..lgpun ptg nnt masing2 dah keje...









tp yang best makan kalini sebab si keras blanje... huhuhu... time kasih diucapkan dan semoga dapatlah blanje kami selalu nnt..








hari ni kami makan western food... huhuhu...bukan selalu org nak blanje.. blasah je.. huahuahua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails