Bersihkan Solekan
Sebelum tidur, pastikansolekan mataanda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak dibersihkanpori-pori kulitakantersumbat. Sebaiknya, bersihkan dengan menggunakanpembersih khususataususu pembersihkerana mata amat sensitif berbanding bahagian wajah yang lain. Kemudian, sapukan krim khas bagimerawat mataanda ketika tidur.
Lindungi Mata Dari Sinar UV
Jika anda terdedah pada cahaya matahari, pastikan anda menggunakan payung atau kaca mata yang mempunyaipenapis sinar UV. Sinaran UV secara berlebihan bolehmempercepatkan kedutan kulitpada bahagian mata anda.
Minum Air Putih
BagiMencegah kedutan pada mata, minum air putih dengan banyak terutamanya jika cuaca terlalu panas, terlalu banyak bergerak atau ketika berada di tempat berhawa dingin. Kandungan air yang secukupnya bolehmencegah kulit menjadi keringdan cepat berkedut.
Makan Buah dan Sayur
Kandungan mineral, vitamin serta serat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan nutrien berguna untukkecantikan mata. Kandunganvitamin Cdapat membantupembentukan kolagenyang mampumenambah keanjalan mata.
Kebersihan Tangan
Bagi mengelakkan berlakunyairitasi pada mata, pastikan tangan anda bersih sebelum menyentuh mata. Biarpun mata terasa gatal, jangan menggosoknya terlalu kuat dan kerap. Seeloknya, gunakanpenyegar matauntuk mengatasi kegatalan tersebut.
Kaedah Tradisional
Anda juga bolehmenjaga keindahan matadengankaedah tradisional. Antaranya meletakkan potongan kentang, timun atau tomato. Letakkan pada mata sekurang-kurangnya 15 minit. Untukmelancarkan peredaran darah, sapukan air batu pada sekeliling mata anda.
*info ni baik juga untuk mata lelaki ok..!!
ni utk mata pompuan je ke bro..?? lelaki xleh..?? huhuhuhu
ReplyDeletesame je mate laki n pompuan ok..:P
ReplyDelete