Followers

Thursday, July 21, 2011

Anda LELAKI yang suka SENYUM..?

Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.
*ni kawan-kawan yang wa snap suka2... muke x senyum sebab control or hampehhh..??? or seksi..? hahaha. dari kiri fizul , asih dan ajim..:P

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikkan seks berbanding lelaki yang memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah membuat salah. Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion – menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.

Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy berkata, bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan. Bagaimana pun kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mangapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks”, katanya. Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya lebih kepada reaksi awal terhadap daya tarikkan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang tersenyum. “Jika seorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain perlu diambil kira. –Reuters.
 
Lepas baca artikel ini lelaki-lelaki kat Malaysia jangan susah nak senyum pula lepas ini dan kaum wanita jangan asyik senyum memanjang. Nanti dikata ada ‘masaalah’ mental pula. Kalau kat Amerika itu antara ciri-ciri daya tarikkan seks, kat Malaysia bagaimana pula, mungkin rupa dan RM yang menjadi daya tarikkan?

*haha..hasil dari bacaan di internet...good info gak ni.. hehehe wa, juga salah seorang lelaki yang cukup x suke senyum...bkn pe, penat lor senyum2 ni.. hehehehe...tp wa ni seksi ke seksa..?? hahaha..:)
** SENYUM...TAK PERLU KATA APA-APA....:)

2 comments:

  1. tp tgk gmbr2 ko bukan main lebar lagi ko senyum... caitt...mcm mne tu...?? huhuhu

    ReplyDelete
  2. dpn camera kena la control macho.. hahhaa.caitt..!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails