Followers

Wednesday, August 12, 2009

tarikh lihat anak bulan Ramadhan

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 20 Ogos

KUALA LUMPUR: Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis 20 Ogos ini. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu. Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu. Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

-BERITA HARIAN- 12/08/2009

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails