Followers

Tuesday, May 31, 2011

Coming soon

Salam sumer..

Blog puterahati ini akan mengalami perubahan dari segi tatacara penulisan dan juga interface secara berperingkat.
Nantikan perubahan itu nanti ok.. kalau korang ada idea nak dikongsi tu sila2 la hulurkan bantuan okay..!!
Sebab aku rasa kalini aku nak wat perubahan yang wild sket... hehehe.. wild macam mana tu..? lebih wild ke lebih sopan..? hahaha... tggu okay... lalalalaala.. 
Bermula JUN 2011.................... 

Bos dipuji Bos dibenci

Salam malam selasa..:)
duk saje-saje ni tgn ni ade la benda nak di taipkan... hehehe
ok, aku nak citer pasal org atasan kat tmpt kerja aku la... korang paham jela makne orang atasan tu ok.. malas nak citer lebih-lebih nnt meleleh pulak hingus tu hahhaa


Tak tahula knapa makin hari makin bertenaga orang atasan itu memperlekehkan orang2 bawahannya... sabar jela .... bukan nak kutuk ke ape, aku cakap yg benar ni, hari2 masuk opis..itu je la citer dari rakan2 sepejabat..mcm xde citer lain plak.. aku bukan la anti sangat ngn org atasan itu, tp beliau kenela berpada2 pada orang bawah, janganla nak membuka pekung depan org lain..tegur utk kebaikan xpe, tp jgn la smpai menjatuhkan air muka orang lain...


Ramai dah tahu yang awak tu ada anak buah kesayangan, sumer yang beliau buat adalah yang terbaik.. tapi awak tak tau yang sebenarnya, dah terang2 copy paste dr org lain, then ngaku diri sendiri yang buat.. adoi.. kesian kat kawan2 itu.. sabo je la..

Pada kawan yang kaki kipas tu plak, bawa2 la bertenang, sebelum kawan2 lain bawa bertendang pulak.. jgn duk pikir awak tu je yang bagus.. org lain dah makin menyampah kat awak tu.. sedar2 la, kita ni org baru ... so kene la beringat sket...

okla setakat tu je peringatan dari aku ni... daaaaaaaaaaaaaaaa . sama-sama la kita muhasabah diri ok...:)

Monday, May 30, 2011

Menang dan Kalah

Salam..
Minggu ni penuh dengan aksi2 kat tv tu.. memang best, tp x terlayan sbb penat merewang kat majlis kenduri kawen sepupu kat melaka. Bulan 6 ni memang banyak sangat xtvt yang menyebabkan kami berdua ke hulu ke hilir la bulan ni.. tp xpe, skrg dah berdua..memang syok klw nak jalan2 ke mana jua...

Pada 27/5 lalu, sepupu aku INA , selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Rizal, org kg sebelah je.. tahniah ye buat korang pasangan suami isteri...




ok...lps tu nak citer pasal final liga Juara-Juara , aku x nak komen panjang la, nasib baik aku x g ngk.. sbb dah ngantuk n penat sangat, tak terdaya nak menahan mate ni.. hehehe.. xpe, kalini man United kalah , next time leh try lg.. lalalala


semalam tengok jugak final mentor , aku bukanla ikut sgt program ni.. smlm tengok kat opis, mmg aku dah agak, itu sumer agenda TV3, yang kononya masa semi final, bley plak wat kejutan yang salma terkeluar, n then leh plak masuk smula... hampeh... masa final, mmg x best pun si salma tu sbb aku lg prefer Shiha sbb dia mmg bersederhana, n lagu baru shiha paling best la antara 3 org tu..
tp memang x dinafikan la salma tu berbakat, tp aku rase dia x akan kemana la lps mentor ni, sama mcm Mohd juara mentor yang lalu...

Wednesday, May 25, 2011

tazkirah :: 10 sebab doa terhijab


“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

credit to :ingatingatlupa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails