Followers

Wednesday, September 21, 2011

Malaysia vs Jepun

Salam Hitam Kuning buat semua penyokong Malaysia..:)
Hari ni hari Rabu bersamaan 21 September 2011 , bermula la perjuangan Team Harimau Malaya dalam perjuangan merebut slot Olimpik 2012. Berada di dalam kumpulan C bersama, Jepun, Syria dan Bahrain akan menetukan sama ada Malaysia akan layak ke Olimpik 2012 di London nanti. Dan pada 23 September ini pula Malaysia akan menentang Syria , apapun kita bagi perhatian kepada perlawanan pertama ini.

Petang nanti perlawanan pertama bagi Kumpulan C antara Malaysia dan Jepun. Jom la ramai-ramai kita beri sokongan pada Harimau Malaya , walaupun sekadar di hadapan tv anda, ianya cukup memberi semangat dan menunjukkan yang kita BOLEH menang..!! Kita harapkan laha hasil strategi coach Kim Swee akan menghasilkan sesuatu yang berharga buat penyokong Malaysia.
Biarpun persiapan ini dilihat agak terencat kerana Irfan Fazail mengalami kecederaan di lutut dan Wan Zack Haikal Wan Nor cedera di pangkal paha, namun ia pastinya tidak terlalu merisaukan Kim Swee kerana masih mempunyai ramai lagi pemain yang mampu merobek gawang tuan rumah.
Antara pemian yang dipilih bagi saingan ini ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohamad Faizal Abu Bakar, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Ahmad Hazwan Bakri..






Bagi memudahkan kaliana untuk mengikuti perkembangan or perlawanan2 didalam saingan kali ini, wa paprkan jadual perlawanan yang membabitkan pasukan Harimau Malaya.. hiphip..... hooraaayyyy...!

21 September : Japan vs MALAYSIA

23 September : MALAYSIA vs Syria

27 November : MALAYSIA vs Bahrain

5 February : Bahrain vs MALAYSIA

22 February : MALAYSIA vs Japan

14 March : Syria vs MALAYSIA


**semoga berjaya buat barisan utaama HARIMAU MALAYA....

Tuesday, September 20, 2011

Lirik Tanpamu - Amir Jahari


Selamat pagi semua

Dengarkanlah nada
Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga


ohh..


Embun pagi yang lembut
Menutupi pipi yang gebu
Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati


ohh..ohh


Nalala..dudu..


Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa


Owhh..


Embun pagi yang lembut
menutupi pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut


(ulang 2 kali)


Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati


Tanpamu
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati


Lalala..lalala..lalala.


singing


Lalala..lalala..lalala.



** lagu baru ni slalu main kat radio ERAfm, rupanya bekas pelajar AF9 yang telah disingkirkan.. alahai... apapun enjoice lagu yang cambest ni okay..:)

Monday, September 19, 2011

Tazkirah : Pesan Roh kepada Manusia ( Part 1)

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab p...ada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.



Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".




**sambungan di bahagian 2..... bersama kita renung-renungkan dan selamat beramal

Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Malaysia

Salam Malam Jumaat Keliwon.. hehehehe..:P

Seperti yang sumer sedia maklum, esok merupakan Hari Malaysia 16 September 2011. Iaitu hari lahirnya Malaysia dengan gabungan Sabah ,Sarawak dan juga Singapura, cume negara sebelah tambak telah keluar dari gagasan Malaysia.


Esok akan ada perbarisan hari kebangsaan yang mana sepatutnya dilaksanakan pada 31 Ogos , tp disebabkan korang sibuk nak beraya, so hari esok disambut skali dengan perbarisan hari kemerdekaan negara kita.  Gigih duduk depan TV malam ni nak dengar ucapan PM, dengar kata bakal mengumumkan satu berita yang gembira.. adakah bonus atau pelarasan gaji yg digembar-gemburkan..??kita tunggu k....
Esok cuti, apa plan korang..? Wa masih lagi MC sehingga 17 September.. boring betul duk umah 2 minggu...ni:(
Disebabkan masih lagi mood raya, yelah puasa sebulan, so korang pun nak raya sebulan kan..?? hehehe... akan banyaklah jemputan rumah terbuka kan..? makan..makan..makan...


**nanti wa update pasal ucapan PM tu nanti okay..:P
**updated :: xde apa yg istimewa pun dari ucapan PM smlm...:(
*** skrg ni wa kat kg, abah wa masuk wad mlm smlm dsbbkan hernia... harap2 sumer ok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails