Followers

Monday, August 24, 2009

yeah...dah raya...!!!

salam ramadan...
hmm..first day pose kat cni, keadaan cuace sungguh panas..alhamdulillah dpt menyempurnakan hari pertama dengan baek.. Hari pertama tu jugak lah keje kat opis melambak2..bayangkan..aku duk keje sorang2.. kebiasaanya tak macam nie, lg2 hari sabtu ..kali ni banyak lak konsaimen yang masuk melalui 2nd link.. ish..mmg dugaan btul hari puasa yang pertama ni.. dah la tu, kene keje dua shift sekaligus plak tue.. shift pg n shift mlm...bayangkan kepenatannya... ishh

hari puase yg kedua..pgnye aku sahur makan nasi ngan aym sambal ..makan free kat opis kesihatan PTP, sbb kat sana disediakan juadah berbuka n sahur percuma..hahaha...leh save budget..nak harapkan opis aku sediakan juadah percuma..hmmmm...bila tahun la agaknye kan..??
thnx la tu Lihin, sbb ajak aku yg tak tau malu join sama mkn kat opis dia..hahahahaha
ptgnya plak aku ngn lihin g jejalan kat jusco bukit indah...... yeah.....dah raye..!!!..
eh..blum raye lg la.. si jusco tu apa ke hal pasang lagu raya awal2??? hilang mood btul aku di buatnya...dah la kat dlm shopping complex tu ramai non-muslim je... hmmmmtd aku cume li roti n ayamas je.. nak wat mkn sahur nnt.. Mase berbuka td aku mkn kat kenny rogers.. mula igt nak mkn kat food court je.. tp tiba2 selera tu berubah angin plak... apapun alhamdulillah..dapat menyempurnakan ibadah puase hari yang ke dua... mlm ni tak dpt lg g terawih..sbb kene masuk keje...
huhuhuhuu..

wasalam..

Friday, August 21, 2009

Solat Tarawih

Lafaz Niat Sembahyang Terawih: (Solat Sendiri)

Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala

Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Lafaz Niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .

Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas


Hukum - Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)

Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.



*p/s>>mlm pertama ni aku tak dapat g masjid tuk solat terawih berjemaah sbb kene keje...huhuhu ruginya...

Selamat Berpuasa..

Esok Puase..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails