Followers

Wednesday, September 21, 2011

Malaysia vs Jepun

Salam Hitam Kuning buat semua penyokong Malaysia..:)
Hari ni hari Rabu bersamaan 21 September 2011 , bermula la perjuangan Team Harimau Malaya dalam perjuangan merebut slot Olimpik 2012. Berada di dalam kumpulan C bersama, Jepun, Syria dan Bahrain akan menetukan sama ada Malaysia akan layak ke Olimpik 2012 di London nanti. Dan pada 23 September ini pula Malaysia akan menentang Syria , apapun kita bagi perhatian kepada perlawanan pertama ini.

Petang nanti perlawanan pertama bagi Kumpulan C antara Malaysia dan Jepun. Jom la ramai-ramai kita beri sokongan pada Harimau Malaya , walaupun sekadar di hadapan tv anda, ianya cukup memberi semangat dan menunjukkan yang kita BOLEH menang..!! Kita harapkan laha hasil strategi coach Kim Swee akan menghasilkan sesuatu yang berharga buat penyokong Malaysia.
Biarpun persiapan ini dilihat agak terencat kerana Irfan Fazail mengalami kecederaan di lutut dan Wan Zack Haikal Wan Nor cedera di pangkal paha, namun ia pastinya tidak terlalu merisaukan Kim Swee kerana masih mempunyai ramai lagi pemain yang mampu merobek gawang tuan rumah.
Antara pemian yang dipilih bagi saingan ini ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohamad Faizal Abu Bakar, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Ahmad Hazwan Bakri..






Bagi memudahkan kaliana untuk mengikuti perkembangan or perlawanan2 didalam saingan kali ini, wa paprkan jadual perlawanan yang membabitkan pasukan Harimau Malaya.. hiphip..... hooraaayyyy...!

21 September : Japan vs MALAYSIA

23 September : MALAYSIA vs Syria

27 November : MALAYSIA vs Bahrain

5 February : Bahrain vs MALAYSIA

22 February : MALAYSIA vs Japan

14 March : Syria vs MALAYSIA


**semoga berjaya buat barisan utaama HARIMAU MALAYA....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails