Followers

Monday, February 28, 2011

Lirik Pilihan : InsyaAllah (versi bahasa Melayu) by Maher Zain


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
[chorus]
InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…


**agak terlmbat nak letak lirik ni.. apapun hayati bait-bait lagu ni.. rasanya lagu versi Malaysia ni lagi dpt feel lebih sket la..

Saturday, February 26, 2011

The End Of February

Salam :)
Hampir ke hujung bulan Februari tahun 2011.. sangat cepat mase berlalu kan..? makin berdebar2 n makin takut plak aku...hehehe semakin hari semakin dekat.. teruja n a bit getar.. hahaha
aku nak citer apa ya kali ni..? aku balik melaka last wednesday, arini dah smpai jb, keje..keje..keje.. xpuas lagi cuti kat kg.. so bad :( sampai je kat umah td, Zul a.k.a aku cakap, partner keje aku xcident.. cian.. kali kedua dah aku dgr dia xcident ngn motor besar dia tu.. cian.. lainkali hati2 bro..
seperti biase la klw lik dari kg..mesti ada je barang2 yg tertinggal, tak terkecuali arini.. hm.. seperti biasa, t-shirt feveret aku tertinggal kat kg.. uwaaa... bukan pe, td tghr g kenduri kahwin umah sedara mara, lps hantar abah n adik lik umah, aku trus shoot lik jb..ish2.... mudah lupe betul aku ni.!! nak wat cmne kan..?? nasib badan la.. huhuhu
skrg ni lps musim hujan, keadaan panas pulak, sakit kepala tul drive dlm panas terik.. apa nak buat, ptg keje kan... nak balik awl pgi, malas pulak.. redah je la.. dari melaka mmg panas terik, pergghh...pasang aircond pun still terasa bahang dia... sabo je la..:) yelah..  aku pun senang sangat kene sakit kepala.. adoii...!

ok la, setakat tu je utk kali ni.. idea mari aku citer lg okay..:)

Wednesday, February 23, 2011

Stress Di Tempat Kerja

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya


credit to :: insyirah8070

Sunday, February 20, 2011

Festival Layang-Layang Pasir Gudang

Salam..
Pada 16-20 Februari ni, bertempat di Pasir Gudang  diadakan Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Johor. Aku seperti yang tidak dirancang telah pun pergi ke festival tersebut petang tadi..
Alkisah, Ajim , Isa dan Akhmal ajak aku dan zul untuk pergi dengan diorang satu kete , tp mase diorg ajak tu, ada plak sorang lagi member tgh lepak kat umah ,Asih. so kesimpulannya, terpakse la g dengan 2 kenderaan.


Pergghhh, dari highway Pasir Gudang tu, kenderaan dah mula sesak dari kawasan Perling..dah la tu hujan mula turun.. adoii... malas tul sebenarnya aku nak g tempat2 yang ramai org ni.. ish2.. Memang dah dijangka, keadaan sangat sesak.. nak cari parking pun susah beb.. last sekali aku dah nekad nak lik terus je sbb susah cari parking, tp alhamdulillah, mase nak u-turn balik tu, terlihat la tempat kosong..dengan serta merta aku parking. Hmm..x rugila penat drive jalan jauh2 tak dapat serta dlm festival tu kan..


Memang ramai sesangat la kat sana.. yang paling penting, banyak tul gerai jual layang2.. nama pun pesta layang2.. hehhe.. x banyak gambar dpt ambil.. thnx a lot tu housemate aku a.k.a Zul, sbb gune fon dia amikkan gambar.. hehehe...


**sory gmbr lain xde..ni pun amik dari fon Zul..

Saturday, February 19, 2011

Hantu Kak Limah ~~terbaeeekkkk...!!

Salam...
Filem ni mmg dah lama... tp smpai skrg aku n most my friends la mcm dah kene virus ngn watak2 dalam cityer ni... skali berkumpul reramai, mesti timbul watak2 ni.. hahaha.. havoc sakan... baru2 ni baru nengok lg dvd citer ni, tak jemu lak nak nengok berulang kali coz PUAS... hehehe..so sekaligus refresh kan lg memori citer ni dalam otak kepala aku.. haha



watak-watak dalam citer ni leh jd evergreen  tau.. haha, bila pikir2 balik.. citer ni mmg mempunyai sense humor yang dekat ngn masyarakat.... terbaekk.. watak-watak seperti Abi hurairah , Usop,  Husin , Pak Jabit n kak limah tu senri, mmg best...


x sabar nak tunggu naskah seterusnya dari Mamat Khalid ni.. tabik spring la kepada semua tenaga kerja filem ni... aku sangat terhibur.






** last but not least... aku sangat suke ini crite.. TERBAEEEKKKKK...!!


Friday, February 18, 2011

Sini Ada Hantu !

Salam..
Last rabu aritu, ajim dan akhmal ajak aku ngn zul g main layang2 kt bukit indah ..actlly aku x main k, pemerhati je.. kisah selanjutnya aku citer nnt la, skrg aku nak citer lps main layang2 tu terus g nengok wayang kat MBO di U Mall Taman U. citer apa yg kami tengok..?? SINI ADA HANTU.
aku nak bg review sket la pasal citer ni... ntah nape la bebudak ni nak ngk citer ni.. best ke..?? adoii!!!
citer ni ialah citer dalam citer.. ada koleksi 3 buah crite antu dlm movie ni . Sumer citer ni memang terjadi dalam masyarakat 1 Malaysia ni...

           # 1. Hantu Pokok Pisang
-Hantu citer ni dilakonkan poleh Fasha Sanda... gerek seh minah ni, yg bestnya sebab antu ni x   bercakap cume senyum2 n then ajak baring then ........... Merah menyala Mak Ngah.. haha..x seram langsung..!


         # 2. Hantu Nombor Ekor
-Citer ni plak dlm bahasa cina sebab pelakon2 nye sume org cina...hantu cina la katakan... merah menyala lagi.. biase-biase2 je, (hantu cina tak leh sentuh orang..hahaha)


         # Hantu Asrama
-Citer ni biase la terjadi d kalangan bebudak sekolah asrama kan.. citer turun temurun kan.. dlm movie ni kisah pasal antu jepun..! Qhaud AF dlm citer ni...


finally :
Filem ni x best mane pun.. cume ada la sket2 seram n lawak.. filem ni dimulakan dengn 2 orang pekerja syarikat delivery PASTI SAMPAI. aku rase part citer diorang kat ending movie ni lagi best dr citer2 hantu yg diceritakan.. nape..??aku rase part 2 pelakon ni kot yg selamatkan movie ni..:P.. pelakon2 lain pun mcm kurang ummpphhh....korang tengok la sendiri...


**korang jgn harapkan lah citer ni mampu membuat anda PUAS..!

Lirik Pilihan - Fobia Cinta by Nashrin


Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri
Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara
Korus
Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta
Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima
(ulang korus)
Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta
(ulang korus)
Denyutan jantung aku tergendala

Thursday, February 17, 2011

Watanabe Masaya Oh Mie

Salam sejahtera untuk semua..:)


Watanabe Masaya ?? sape yg dah add aku dlm fb mesti tau kan .. etibe aku nak citer pasal Watanabe Masaya ni. Mcm mana leh muncul... hehehe. Masa baru2 register akaun fb dulu, aku gune nama betul MI, tp ada sorang kwn baik aku ni , fairuz namanya, dia lah yg memula ajar aku tukar name jepun.. klw x silap aku, dia gune MATSU KAJUJI.. so aku pun try la.. so dptlah Watanabe Masaya ..:) sejak aritu smpai skrg la gune nick ni dlm fb.. Kekadang kwn2 baru dlm fb lebih kenal aku dgn panggilan wata.. adusss...!
ramai kenalan kat opis jb, lebih suke panggil aku wata, mcm aitu ade meeting kt sane, ade sorang ni dengan selamba.. "Encik Watanabe , boleh tolong hulurkan fail tu kat saya "..katanya dengan senyuman.. huhuhu, member sebelah aku gelak je.. hahaha.. Watanabe pun Watanabe la.. jnji same meaning... hehehe


Pasal nama btul aku plak.. MIE, pendek je kan.. b4 keje n mase belajar, kengkawan panggil aku dgn nama btul .lepas keje ni rakan2 sekerja panggil  MIE, dlm famili n kat kg org panggil aku achik..:)
anak buah aku lak ada yg panggil acik n uncle..:) so cute bebudak ni...
Buat member2 blog, mana2 nama yg baik korang nak panggil aku..boleh saje..:)

so cukup la setakat nama WATANABE MASAYA tu...

Tuesday, February 15, 2011

Nabi Muhammad SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT?Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. 
 
BIODATA RASULULLAH SAW· ...
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN·
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).·
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



**credit to:: mannster.wordpress.com

Salam Maulidur Rasul 1432H/ 2011



Monday, February 14, 2011

Lirik Pilihan - Pulanglah by Awi Rafael

Pulanglah - Awi Rafael

Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak Nampak
Owh mata aku pedih sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh
Huuuuuu 2x
Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya Nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku damping owh



* skrg ni selalu gak terdengar lagu ni kat radio ERA, mula2 dengar cam biase2 je lagu, tp slalu dengar, kira best jugakla.. lagu dia catchy n very smooth la.. myb ni artis baru kot..klw tak silap aku yg slalu promo kat konsert riuh era tu kan... apa pun korang try la dgr lagu ni dulu bg yg x penah dgr..sila google je..:)

Hari Ini Hari Isnin

Salam untuk sumer..:)
semakin hari semakin dekat tarikh bersejarah untuk aku.. alhamdulillah setakat ni, sumer berjalan dengan baik, wlwpun kadang2 ada jugak masalah yg muncul..al maklumlah mana ade perfect kan..?? oklah..harapkan kengkawan doakan lah yg terbaik untuk mjlis aku nnt..!! sgt2 teruja ni... hahaha

semenjak pindah ke umah baru ni ( umah tumpang je sementara ).. xtvt pun berubah, dulu mase duk tingkat 1, naik tangga je turun n naik, skrg dah duk tingkat 5, niat di hati nak naik tangga, tp till now..kirim salam dulu la.. hahaha..umah lak dpn lif, lg la rajin...

ha... aku lupe lak nak citer pasal g meeting kat district last week, x pasal2 aku n the team kene balun ngn org atas.. sengal kan...! dah la aku x prepared apa2 pun tuk meeting tu, yelah, surat meeting kuar last minit, n then mase tu aku pun kurang sihat, sbtulnya aku bru lik klinik b4 dapat surat meeting.. so aku serahkanlah pada jr aku tuk wat apa yg patut.. adoii..!!  Mase time meeting tu la team aku kene balun.. mmg aku x leh jwb apa2 pun coz, presentation yg kami bawa tu pernah di present pada org yg sama... tp kenapa kali ni nak serang bagai..?? bak kata hati aku.. lantak korang la.. malas aku nak layan.., tutup telinga sudah..!!


k la, aku nak siap2 g keje ptg ni.. c u guys later... daaaaaaa...

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day ?


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.
Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang  ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya  dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?
Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?
Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."
Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

*artikel iluvislam.com

Tuesday, February 8, 2011

Tak Marah cume geram

Salam Hari Selasa..:)
First of all aku nak minta maap la kat kwn aku sorg ni dulu b4 aku nak citer psl dia.. Kwn aku ni mmg rapa la ngn aku, tp kwn rapat mane pun, mesti ade prob kan.. actlly kwn aku ni aku bg singkatan je la ye..si RM,
aku ni bukan la baik sgt smpai leh judge org lain, tapi apa yg RM ni buat mmg wat aku angin, klw btul pun nak wat sesuatu why not ko bgtau awal2 jgn la wat org lain jd susah, aku yakin ko punya akal yg waras.... Aku tau itu sumer hak ko, thats y aku malas nak cakap banyak.. Bagi RM sumer yg dia buat tu btul.. hm..lantak ko la RM, aku x leh citer bnyk sgt kt cni.... bahaya.  aku totally tak marah, cume geram je..!!

ok..tinggalkan kisah si RM, smbung smula crite aku, spatutnya semalam dah g servis kete, tp x jd, sbb smlm tertido plak.. ish2.. dahsyat klw aku tertido.. hahaha.. dan sepatutnya arini nak g servis, tp kul 11 td opismate call, suh masuk keje ptg ni OT, rezeki jgn di tolak, so aku tundakan lg servis kete tu, esok kotbaru antar servis.. sabar ye my lovely MRS.Pse..

Dah masuk 3 hari tunang aku kurang sehat, cian kat dia, dah pegi 2 klinik, hopefully lps ni dia akan cepat sembuh, rerajin makan ubat, relaks2 kat umah...

Monday, February 7, 2011

lirik pilihan :: Sedetik Lebih _ Anuar Zain (OST- Hikayat Merong Mahawangsa)

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa Sedetik Lebih Anuar Zain



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

** aku bukan suka dengan anuar zain ni..ish2... tp lagu ciptaan Edry ni klw dengar leh feeling2 jugak.. haha..

Jerawat di hidung ?

Salam 1 Malaysia untuk sumer..:)
this week selain sibuk ngn citer CNY kita sbg rakyat Malaysia juga memberikan sepenuh perhatian mengenai kisah kat Mesir sana. Hm..ramai jugak rakyat Malaysia kat sana samaada yg study or menetap kat sana. Best gak ngk laporan2 berita mengenai kes ni. Hopefully sumernye selamat ... marila kita sama-sama doakan yg terbaik untuk Mesir dan semoga pemimpinnya dapat membuat keputusan yang bijak.. Kita harus ingat bahawa KUASA RAKYAT sangat berbahaya.. so beware..!


kita tinggalkan cerita krisis kat mesir.. kita sambung citer kat Gelang Patah pulak.. hehe.. JERAWAT kat hidung? huhuhu..x best nye bila kene kat batang hidung sendiri.. nasib baik kecil.. tiap2 mase rase nak picit je.. sakit lak tu..  ada sesape pernah x jerawat muncul kat hidung..? so misteri kan.. hahaha

Saturday, February 5, 2011

jumpa geng blogger..?

Salam 1 Malaysia..:)
Mula2 aku nak ucap Happy Chinese New Year pada mereka yang menyambutnye.. pada rakyat Malaysia yang lain, selamat bercuti pannjjaanngggggg..! hehe



Pasal tajuk entri kat atas tu.. aku slalu gak baca blog2 kengkawan lain.. best gak ngk entri diorg dpt jumpa teman2 blogger...:) ada x teman2 blogger aku yg nak hangout ngn aku, lpk2 n leh borak2 n makan2 ke.. haha..
klw ade any progrm..korang ajak la aku join skali..hehe

k la.. enjoy gmbar yg baru edit..lalala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails