Followers

Monday, February 28, 2011

Lirik Pilihan : InsyaAllah (versi bahasa Melayu) by Maher Zain


Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan
Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..
[chorus]
InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya…
Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…


**agak terlmbat nak letak lirik ni.. apapun hayati bait-bait lagu ni.. rasanya lagu versi Malaysia ni lagi dpt feel lebih sket la..

Saturday, February 26, 2011

The End Of February

Salam :)
Hampir ke hujung bulan Februari tahun 2011.. sangat cepat mase berlalu kan..? makin berdebar2 n makin takut plak aku...hehehe semakin hari semakin dekat.. teruja n a bit getar.. hahaha
aku nak citer apa ya kali ni..? aku balik melaka last wednesday, arini dah smpai jb, keje..keje..keje.. xpuas lagi cuti kat kg.. so bad :( sampai je kat umah td, Zul a.k.a aku cakap, partner keje aku xcident.. cian.. kali kedua dah aku dgr dia xcident ngn motor besar dia tu.. cian.. lainkali hati2 bro..
seperti biase la klw lik dari kg..mesti ada je barang2 yg tertinggal, tak terkecuali arini.. hm.. seperti biasa, t-shirt feveret aku tertinggal kat kg.. uwaaa... bukan pe, td tghr g kenduri kahwin umah sedara mara, lps hantar abah n adik lik umah, aku trus shoot lik jb..ish2.... mudah lupe betul aku ni.!! nak wat cmne kan..?? nasib badan la.. huhuhu
skrg ni lps musim hujan, keadaan panas pulak, sakit kepala tul drive dlm panas terik.. apa nak buat, ptg keje kan... nak balik awl pgi, malas pulak.. redah je la.. dari melaka mmg panas terik, pergghh...pasang aircond pun still terasa bahang dia... sabo je la..:) yelah..  aku pun senang sangat kene sakit kepala.. adoii...!

ok la, setakat tu je utk kali ni.. idea mari aku citer lg okay..:)

Wednesday, February 23, 2011

Stress Di Tempat Kerja

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya


credit to :: insyirah8070

Sunday, February 20, 2011

Festival Layang-Layang Pasir Gudang

Salam..
Pada 16-20 Februari ni, bertempat di Pasir Gudang  diadakan Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Johor. Aku seperti yang tidak dirancang telah pun pergi ke festival tersebut petang tadi..
Alkisah, Ajim , Isa dan Akhmal ajak aku dan zul untuk pergi dengan diorang satu kete , tp mase diorg ajak tu, ada plak sorang lagi member tgh lepak kat umah ,Asih. so kesimpulannya, terpakse la g dengan 2 kenderaan.


Pergghhh, dari highway Pasir Gudang tu, kenderaan dah mula sesak dari kawasan Perling..dah la tu hujan mula turun.. adoii... malas tul sebenarnya aku nak g tempat2 yang ramai org ni.. ish2.. Memang dah dijangka, keadaan sangat sesak.. nak cari parking pun susah beb.. last sekali aku dah nekad nak lik terus je sbb susah cari parking, tp alhamdulillah, mase nak u-turn balik tu, terlihat la tempat kosong..dengan serta merta aku parking. Hmm..x rugila penat drive jalan jauh2 tak dapat serta dlm festival tu kan..


Memang ramai sesangat la kat sana.. yang paling penting, banyak tul gerai jual layang2.. nama pun pesta layang2.. hehhe.. x banyak gambar dpt ambil.. thnx a lot tu housemate aku a.k.a Zul, sbb gune fon dia amikkan gambar.. hehehe...


**sory gmbr lain xde..ni pun amik dari fon Zul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails