Asslamualaikum.. kali nak share pasal beg.. yup.. wave bag katanyer. Hasil kerja tangan mylaling. Sesape yg berminat tu leh la inbox me. Ya tq. Sila2 la cuci2 mate. Jenis kain 100% cotton. Corak leh pilih mane yg berkenan.. tq.
Followers
Sunday, April 27, 2014
Wednesday, April 16, 2014
Nasi Ayam naik harge 50sen.
Assalamualaikum.. kali ni aku nak cerita pasal nasi ayam di RNR 2ndlink arah selatan. Terdapat gerai yg di beri nama Tanjung Kupang.. specialist in nasi ayam.. dah 5 tahun lebih aku keje area ptp ni.. kat sinila tmpt makan nasi ayam yang boleh tahan kesedapannya.. mula2 aku kenal tempat ni harganya RM3.50 lps tu naik ke RM 4 lps tu naik lg RM 4.50 skrg mulai awal april lps dah naik lg 50 sen. RM5.00 . Tp portion dia same je x berubah.. hm.. klw tgk gmbar ayamnya.. nmpak mcm bnyk kan.. tp jgn tertipu ye.. ayam tu ditindih di atas timun n salad. Okla tu je nak story.. klw berkenan singgah la ye.. ala.. sesape nak ke USS tu melalui highway 2ndlink tu boley la singgah sebentar...
Tuesday, April 15, 2014
Ragam si bijak
Ragam si abang ensem... makin besar makin banyak ragamnyer.. ni la dia buah hati pengarang jantung ibu dan ayah. Thomas n friends mmg x boleh lepas dari tgn.. pegi mana2.. bila nmpak ketapi thomas tu.. dah macam orang x keruan.. huhuhu.. jenuh nak pujuk.. apapun itulah dia Thaqif Ilman kesayangan kami..moga membesar menjadi anak yg soleh..bijaksana..dan bertanggungjawab
Friday, April 4, 2014
Ok Done. Tiada Lagi Alasan..
Monday, February 17, 2014
Amin
Perbanyakkanlah
berdo'a supaya dipermudahkan jalan-jalan kita ke arah Allah s.w.t.
Mohonlah dijadikan kita pembantu-pembantu ke arah mendapatkan hidayah
Allah s.w.t.
Berdo'alah juga supaya disukar dan dielakkan kita
daripada jalan-jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t dan dihindarkan
juga daripada menjadi pembantu-pembantu ke arah kemurkaanNya...
Wednesday, November 28, 2012
Trip Resort World Sentosa : Universal Studio Singapore - Part 1
Yelah sekarang ni hari-hari hujan turun.. hehe
Ok berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya trip ke USS ni dah lama iaitu pada 6 November lepas, tp skrg baru ada masa nak bagi up the story.. :) . Semasa merancang program ni, cuma 4 orang je yang setuju nak folow, but till da day, seramai 16 orang kengkawan yang join k... dah macam rombongan cik kiah.
Seperti biasa la, kami berkumpul seawal 8.00 pg di pit bus CIQ link kedua ni, al maklumlah, janji melayu , jam 9.30 pun masih ada yang belum sampai..Baru kumpul dah berpeluh-peluh menunggu. Alhamdulillah , x la lama SANGAT menunggu bebudak ni.. adusssss...
Ok, semua dah ade, bas kuning sampai, semua bergerak ke singapura,,:) perjalanan semua ok , happy dan x sabar nak sampai ke uss.
| senyum-panjang dlm train.... |
| berjalan kaki dari Vivo City... |
| Sentosa Boardwalk antara Vivo City dan USS.... Fee : 1 Dollar Singapore |
| Kasi peluh skit sebelum sampai USS.. |
Tuesday, November 20, 2012
Let Us Pray For People Of GAZA
Sedang kita bergembira ada saudara kita yang bersengketa. Bukan mempertahankan hak tapi mempertahankan negara dan agama. Di mana kita untuk mereka. Di mana kita bila kita akan ditanya. Sampai bila kita hanya nak berdiam, tinggikan suara bila tertawa. Sampai bila kita nak menyumbang untuk membunuh mereka.
** Semoga dengan doa kita semua Allah s.w.t akan memberikan kekalahan pada tentera-tentera yang menyerang Gaza. Dan moga kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Umat Islam perlu bersatu. AMEEN
Friday, November 2, 2012
Selamatkan Bolasepak MELAKA !!!
seminggu dua ni arena bolasepak melaka bergegau secara tiba-tiba. Hari-hari paper bercerita pasal sukan bolasepak MELAKA. Apa dah jadi..? Kenapa huru hara..?? Kenapa ramai tak puashati? apa tindakan MAFA( persatuan bolasepak melaka) ?
Peminat/penyokong menantikan kegemilangan bolasepak Melaka. Jika dibiarkan begini, maka lenyaplah bolasepak MELAKA itu sendiri. Asyik pentingkan pembangunan sahaja. SUKAN?? tak ada langsung.. hampeh belaka...
Yang aku tak paham tu adakah patut Presiden MAFA , suruh buat kutipan derma untuk memajukan pasukan MELAKA..?? Whattttttt..??? Bengonglah.. tak bolehkah berijawapan yang positif sket, kot ye pun kurang bajet..takkan nak minta derma berterusan. Awak sebagai Ketua Menteri, takkan tak boleh dapatkan penaja2 untuk pasukan negeri awak..? Kalau camtu, lepaskan la jawatan awak dalam MAFA,
Jom like fb ini : PenyokongBolasepakMELAKA
**hope ada perkembangan yang positif selepas ini....
Sunday, October 28, 2012
Lirik Pilihan : KOTA MEKAH by NADA MURNI
Kota Mekah Kota Sejarah
Bumi Tandus Penuh Barokah
Bumi Terpilih Adanya Baitullah
Lambang Kebesaran Dan Keagungan Allah
Setiap Kali Zulhijjah Menjelma
Kota Mekah Tambah Meriah
Berduyun Manusia Berbilang Bangsa
Datang Beribadah Mencari Keredhaannya
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaikala Syarikala Kalabbaik
Innal Hamda Wanni'mata
Laka Wal Mulk
La Syarikalak
Ibadah Haji Suatu Perintah
Bagi Yang Mampu Wajib Menunaikan
Untuk Melengkapkan Rukun Islam Kelima
Kemuncak Ibadah Ummat Semua
Di Mekah Juga Quran Di Turunkan
Mukjizat Terbesar Nabi Muhammad
Kitab Yang Suci Anugerah Ilahi
Penunjuk Jalan Menuju Allah
Tersergam Berdiri Baitullah
Di Setiap Musim Dihias Indah
Tempat Mengadap Semua Wajah
Lambang Perpaduan Seluruh Ummat
**selalu dengar lagu ni setiap pagi di tv1 jam 6 pagi..rancangan mengenai haji.. semoga satu hari nanti ada panggilan untuk saya ke sana.. insyaAllah..amin..:)
Friday, October 26, 2012
Salam Aidiladha
Tahun ni raya korban aku n famili tak dapat pulang ke kampung sebab kena berkorban untuk bekerja dihari raya tahun ni. Raya aidilfitri kami dah cuti, hari raya haji ni pulak, bagi peluang kepada staf yang bekerja di 1 syawal plak untuk bercuti.. Adil kan.
Meskipun hari raya haji ni kurang semeriah aidilfitri, tapi mood raya tetap di kampung...
** pagi2 masuk kerja sangat sayu rasanye, lagi2 dengar takbir raya dalam kereta semasa menuju ke opis...
Thursday, October 25, 2012
Super Supportive
Kali ni aku cuma nak share gambar famili aku yang terpampang kat surat khabar NST semalam..
Nasib tak begitu baik sebab aku tak ada masa tu sebab aku join aktiviti 10000 langkah. apapun jom skodeng ...
Semangat nak join progam tu memang berkobar2, walhal sebenarnya nak dapatkan T-shirt pink yang dikatakan untuk 500 peserta pertama.. tp datang seawal 6.30 pagi pun still x mampu nak dapatkan t-shirt tersebut.
**super supportive k.... at last kuar paper, tebus kecewa x dpt t-shirt.. hehehe
Tuesday, October 23, 2012
Bajet BAGUS
Kat sini aku bukan nak complain ke apa ke.. cuma nak kongsi bersama la ragam masyarakat sekeliling..
sekarang ni zaman "show off" dan :kipas lipas" sangat. Macam di persekitaran tempat kerja aku ni...oppss.. bkn tempat kerja aku, tp tempat kerja rakan sejawat aku.. cehh...
adalah sorang mamat ni a.k.a junior aku la, sangat la ingin menunjukkan kehebatan beliau.. apa2 perkara dia yang kedepan dulu.. bagi aku itu budaya kerja yang bagus.. tapi yang tak elok nya, jgnlah sampai lebih kuah dari sudu.. Faham-faham je la keadaan kerja kita ni.. Orang bukan makin suka.. makin menyampah adalah.. lebih baik kita settle kan kerja kita dari menyibuk pasal kerja orang lain. Jangan nak kejar nama sangat . ada rezeki..insyAllah tak lari kemana..:)
Dalam hidup ni biasa juga berhadapan dengan orang yang berlagak serba tau. Kadang-kadang tu dia ni bukan tau apa pun tapi bila bercakap amcam lah semua benda dia tau dan kita ni semua salah. Kenapa semua orang diamkan dan ikut saja cakap mereka? sebab malas nak layan...haha
Kadang-kadang belum jumpa buku dengan ruas boleh la dia berlagak memanjang. Cuba dah jumpa orang yang lebih kurang macam dia juga...haa, gaduh mu lut agaknya kot. Kalau jumpa manusia macam ni sekali jelah aku sembang, lepas tu malas dah nak layan
**hmm adatlah kan.. mana2 tempat mesti ada sorang yang buat hal.. sabo je la..
Sunday, October 21, 2012
JUARA TREBEL : KELANTAN sangat bernasib baik.
Masih belum terlambat nak ucap tahniah pada Team Kelantan sebab bejaya melengkapkan Kejuaraan Tiga Piala untuk tahun ini. Juara Piala FA , Juara Liga Super dan yang terbaru semalam menewaskan ATM FA 3-2 unutk Piala Malaysia. Tahniah ..pasukan anda sangat bernasib baik tahun ni. Tahniah juga pada Mat Yo, memang ada kelas.. Sori sesangat sbb aku tak pandai mengulas acara sukan ni.. tengok dan bebel sorang2 je boleh la..hahaha..
Hari ni memang sangat meletihkan..awal2 pagi tadi dah berlumba2 ke Taman tasik Merdeka... Ada kempen Breast Cancer dan juga Program 10000 langkah.. anjuran Pejabat Kesihatan dengan NGO-NGO terbabit.. so streefull sbb x dapat t-shirt.. only 500 erlybirds je yang dapt.. huhu.. its ok ma..
Balik dari progam kat Tasik tu, singgah jap di MEDINI MALL, saje jalan2 tempat baru.. hmm..ada masa nnt kita upload gambar k..
ok bye.. chayok2...
** sejak seminggu dua ni hujan turun sangat lebat di kala senja...
Friday, October 19, 2012
Final Piala Malaysia 2012 KELANTAN vs ATM FA
Antara dua gergasi , Juara Liga Super dan Piala FA 2012, KELANTAN The RED WARRIORS.. yang katanya ada Keeper super poyo.. opss.. Power.. hahaha

Dengan seteru untuk tahun ini Juara Liga Perdana 2012 , ATM FA yang ada si kembar yang bajet bagus.. hahaha

Kita nantikan perlawanan secara langsung sabtu ini di Stadium Shah Alam. hmm..kenapa tak di Stadium Nasional Bukit Jalil...???
**aku x sokong mana-mana team kat atas ni sbb aku sokong team terengganu yang so unlucky this year... apapun aku rasa ATM FA will win this CUP with 2-1 win over KELANTAN.
Thursday, October 18, 2012
Macam mana nak hilangkan sawang
Hm.. setahun lebih tak muncul.. bersawang..berlumut..nak menebas rumput2 yang panjang tak terkira..
Takpe2.. i'll start it again and again.. Nantikan lah kisah2 dan info2 yang akan aku kongsi bersama
Macam mana aku nak mula ni..?? hmmm...
Sunday, September 25, 2011
Lirik Segalanya Allah - Iwan Syahman
Allahhu Rabbi Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Penyayang
Allahhu Rabbi Yang Maha Kuasa
Maha Pemurah Maha Pemberi
Sesungguhnya tiada yang layak
Harus disembah selain Allah
Allahu Rabbi Almalikul Quddus
Almutakabbir Alwaliul Qadir
Allahu Rabbi Aladlul Latif
Alhayyul Qayyum Alwaliyul Hamid
You got to believe it
There is not other things
To be worship The Only Allah
Allah Maha agung
Allah Maha Kaya
Allah Aaha Dari Segala-galanya
Allahu Ya Karim
Allahu Ya Rahim
Allahu Ya Qafur
Ya Rabbal Alamin
Subahanallah Maha Suci Allah
Segala Puji Bagimu Ya Allah
Yang mencantik sekalian alam ini
Maha Pengasih Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya kepadaMu kami mengabdi
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang penuh engkau redhai...
**first time dengar lagu ni dah menarik hati wa.. X sangke plak ni lagu dari Iwan yang dulu popular ngan genre Dangdut.. alhamdulillah.. sekarang telah melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik. Berbalik pada lagu ni..memang terbaik..Kalau dapat kita hafal lagu ni lagi best ..:)
Friday, September 23, 2011
Tazkirah : Pesan Roh kepada Manusia ( Part 2)
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.".Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar !!!
Wednesday, September 21, 2011
Malaysia vs Jepun
Hari ni hari Rabu bersamaan 21 September 2011 , bermula la perjuangan Team Harimau Malaya dalam perjuangan merebut slot Olimpik 2012. Berada di dalam kumpulan C bersama, Jepun, Syria dan Bahrain akan menetukan sama ada Malaysia akan layak ke Olimpik 2012 di London nanti. Dan pada 23 September ini pula Malaysia akan menentang Syria , apapun kita bagi perhatian kepada perlawanan pertama ini.
Petang nanti perlawanan pertama bagi Kumpulan C antara Malaysia dan Jepun. Jom la ramai-ramai kita beri sokongan pada Harimau Malaya , walaupun sekadar di hadapan tv anda, ianya cukup memberi semangat dan menunjukkan yang kita BOLEH menang..!! Kita harapkan laha hasil strategi coach Kim Swee akan menghasilkan sesuatu yang berharga buat penyokong Malaysia.
Biarpun persiapan ini dilihat agak terencat kerana Irfan Fazail mengalami kecederaan di lutut dan Wan Zack Haikal Wan Nor cedera di pangkal paha, namun ia pastinya tidak terlalu merisaukan Kim Swee kerana masih mempunyai ramai lagi pemain yang mampu merobek gawang tuan rumah.
Antara pemian yang dipilih bagi saingan ini ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohamad Faizal Abu Bakar, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Ahmad Hazwan Bakri..
21 September : Japan vs MALAYSIA
23 September : MALAYSIA vs Syria
27 November : MALAYSIA vs Bahrain
5 February : Bahrain vs MALAYSIA
22 February : MALAYSIA vs Japan
14 March : Syria vs MALAYSIA
**semoga berjaya buat barisan utaama HARIMAU MALAYA....
Tuesday, September 20, 2011
Lirik Tanpamu - Amir Jahari
Selamat pagi semua
Dengarkanlah nada
Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga
ohh..
Embun pagi yang lembut
Menutupi pipi yang gebu
Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
ohh..ohh
Nalala..dudu..
Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa
Owhh..
Embun pagi yang lembut
menutupi pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut
(ulang 2 kali)
Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Lalala..lalala..lalala.
singing
Lalala..lalala..lalala.
** lagu baru ni slalu main kat radio ERAfm, rupanya bekas pelajar AF9 yang telah disingkirkan.. alahai... apapun enjoice lagu yang cambest ni okay..:)

.jpg)


















