Followers

Wednesday, September 29, 2010

Saya BENGANG..!!

Salam 1Malaysia tuk semua..:)
Kali ni aku nak mulakan citer BENGANG.. hm.. aku mmg bengang la ngn beberapa kengkawan aku ni...
ada ke patot..??!!!! adoi.. rancang punyer baik event tu..last2 minit cancel.. wlw apa alasan pun aku mmg bengang.. bayangkanlah.. pada tarikh tersebut jugak aku ada famili event kat kl.. aku sanggup datang lmbat sbb dah janji dgn kengkawan tersebut nak g meraikan majlis perkahwinan member kami... malam sebelum tu aku cntct beliau x dpt2.. aku mmg dah agak.. tp dia kwn baik aku kan.. takkan nak tipu aku pulak kan.. at last.. b4 12 midnite dia call say sori coz kete beliau rosak..?? WTF.!!??? klw ye pun rosak.. apsal tak call awl2 bgtau.. ak la org tertunggu.. penat2 je aku siapkan apa2 yg patot kat umah.. coz katanya nak tumpang bermalam kat umah aku.. adoi... kwn oh kwn..!!

Satu lagi kes... sorang kawan aku ni.. aku pun tak paham perangai dia.. what happen..?? aku tak leh nak bgtau la kat cni.. bahaya... betul la kata sorang lg kawan aku ni sebelum ni.. hati2 ngan mamat sorang ni.. so now on.. aku kene hati2.. watchaaaaa....!!!

last weekend gak aku tak dapat menghadiri majlis rumah terbuka opismate n kengkawan sbb aku g lik kg n then trus ke kl...apa pun thnx la sbb sudi jemput aku ya.. thnx  sumer..



mase lepas g kenduri kahwin sedara.. aku n famili trus g kl.. stay satu malam kat umah kakak di setiawangsa..
on that day jugak sempatlah g beraya umah sedara mara sekitar kl n shah alam..
hm.. dah terlanjur jln raya kat shah alam.. sempat singgah di i-City.. hm.. mahal jugak tilet masuk dia.. hari minggu satu kete RM10.. tak berbaloi rasanya.. setakat ngk lampu yg berwarna warni tu.. hm...akupun x dpt nak menghayati sepenuhnya keadaan tersebut..sbb terlalu mengantuk.....

oklah.. kita jumpa lagi ya nnt...:)

Friday, September 17, 2010

monoloQue & atilia- Kekanda Adinda (video rasmi,versi 8 bulan)

Lirik Pilihan Kekanda Adinda = Atilia ft Monoloque


Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Thursday, September 16, 2010

Raya Oh Raya

assalamualaikum n salam lebaran untuk sumer..
x sempat nak update blog mase raya.. bz beraya kat kampung la katakan..
nway aku nak ucapkan selamat  hari raya n maaf zahir batin  klw aku ada wat silap n salah kat korang.. maafkan daku ya..:)
raya tahun ni best sket.. dapat cuti ..so enjoyla kat kampung tercinta.. jgn jeles ha.. 14/09/2010 baru start keje.. tu pun susah nak cari mood keje.. huhuhu.. jgn tak tau ye.. smpai arini masih x sempat kuar beraya ngn tunang.. huhuhu..harap dia paham sepaham pahamnya.. hehehe

 tahun ni lauk raya aku yang masak ye... jgn pandang sinis kat aku.. ngn sekali baca resepi dari kak ngah trus aku belasah masak...pergghh.. nasib baik jadi.. sedap hingga menjilat jari dowh... hahaha..rendang asli turun temurun tu.. lalala.. bila mkan ngn ketupat bertambah ngam di butnya... huhuhu.. tp malang sekalitahun ni ketupat aku tak berjaya anyam.... ntah nape la tak jadi.. huhuhu..dah lama kot tak menganyam..

Puasa Enam Syawal

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Manakala ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.

Salam Aidilfitri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails