Followers
Tuesday, March 31, 2009
*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .
Saturday, March 28, 2009
Tahniah Muhyiddin
Ucapan tahniahlah kepada Tan Sri Muhyiddin kerana menang jawatan Timbalan Presiden UMNO yg baru yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Tahniah sekali lagi..
Bagi Ketua Pemuda Baru yg dilantik aku no comment..korang pikirlah sendiri.... hampeh sungguh..
maaf la klw aku tak berapa suka..
Tuesday, March 24, 2009
Lirik Lagu Revolusi-Bunkface
REVOLUSI-BUNKFACE
aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju
rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh
aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua
OO.. OH OO..OH
C/O
Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku
adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema
benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima
aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua
Kisah Dato' Ali Rustam dan Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
assalamualaikium.. 24/3/2009 pagi yg indah untuk aku mulakan kerja hari ini..
tak mcm selalu, aku sukar skit nak bgn pagi.. tp pg ni alhamdulillah, semua beres..
negara kita sekarang ni tgh HOT pdengan beberapa peristiwa yang akan merubah mase depan negara.. Maaf ye, arini aku rase macam nak citer pasal politik je.. takper kan.. sekali sekala,
dengan perhimpunan UMNO hujung minggu ni aku memang familiar sangat dengan POLITIK WANG yang sering di war-warkan di media2 tempatan apabila nak berlangsungnya perhimpunan ni. Simpati aku hulurkan wat Ketua Menteri Melaka Dato'Mohd Ali Rustam, apa-apa pun aku tetap sokong beliau, sbb banyak pembangunan yang telah beliau lakukan di Melaka, moga beliau tetap tabah dan terus berjuang untuk bangsa , agama dan negeri MELAKA... Yang aku pelikkan yang sorang lagi bersalah, tp senang2 je bleh lepas..apa citer..??
klw dah salah, kecil ke besar, ia tetap bersalah wlpn org itu ade imuniti yang BESAR..!!!Tak Adil.. klw begini la, aku yakin, satu transformasi dalam UMNO akan sedikit demi sedikit menjauhkan diri anak2 muda dari UMNO.. tak percaya..?? tunggu lah.. Jgn sampai pisang berbuah dua kali.. Bangkitlah wahai MELAYU ku..
Dan lagi satu yang aku nak citer pasal Pilihanraya Di Parlimen Bukit Gantang Perak, PR akan diwakili bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin manakala BN di wakili oleh Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian.
Apa-apa pun aku ucapkan selamat bertanding buat Dato' Seri Nizar..moga kemenangan memihak kepada anda..
Monday, March 23, 2009
VOTE EARTH / UNDI UNTUK BUMI
TIDAK perlu jeritan, laungan atau perarakan untuk
memperjuangkan sesuatu agenda. Tahukah anda, satu langkah mudah mampu memberi perubahan besar dan mungkin boleh dianggap paling efektif? Inilah keunikan kempen Earth Hour yang giat dipromosikan ketika ini.
Seruan kempen Earth Hour amat mudah. Pada 28 Mac ini, mulai jam 8.30 malam, anda cuma perlu memadamkan suis lampu untuk tempoh sejam. Apa yang penting, ialah simbolik perbuatan ini serta mesej yang ingin disampaikan kepada pihak berkepentingan di seluruh dunia. Bagi individu yang menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka, mungkin tidak terasa impak kempen ini. Namun, bagi insan prihatin dengan isu alam sekitar, Earth Hour pasti disambut baik.
Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Alam Sedunia (WWF) pada setiap Sabtu ketiga bulan Mac. Melalui kempen ini, orang ramai diminta memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik yang lain bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia. Kempen ini dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007. Sejak itu, kempen ini semakin mendapat sokongan dunia hingga pada tahun lalu, sejumlah 50 juta penduduk dunia menyertainya.
Di Malaysia, kempen Earth Hour dilancarkan pada 16 Februari lalu. Ini adalah penyertaan pertama negara dalam misi membawa perubahan peringkat global ini. Rakyat Malaysia, baik individu, perusahaan, pemilik premis bangunan dan personaliti popular sama-sama berganding bahu bertindak mengatasi perubahan iklim dunia. Antara pihak yang turut terbabit dalam penganjuran kempen pertama di Malaysia ialah Menara Kuala Lumpur, World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia dan agensi pengiklanan, Leo Burnett.
Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia. Undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini. Mengikut laporan yang dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global sekarang lebih cepat berkembang daripada apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.
Sebagai penghuni bumi yang prihatin, apa kata padamkan lampu anda bagi tempoh sejam mulai jam 8.30 malam 28 Mac ini.
habis cuti..
Selamat kembali dari bercuti...
assalamualaikum semua.. rase tak puas dapat cuti seminggu.. rase xnak je lik masuk keje.. tp apakandaya..?? kita ni makan gaji je..
anyway, mase cuti tu, aku pi kl, ngn my sister, lepak kat umah angah 4 hari.. saje je aku bawa adik aku jln2 di Kuala Lumpur, tak pasal2, melayang gak lah ratus2 gak , mcm2 dia pow aku.. huhuhu..xpe, nasib baik dia adik aku..bila lagi nak pow abgchik dia ni.. mase cuti skolah ni la dia dpt jln2... klw tak asyik lepak kat umah je..
ptg ni aku mula kerja..bosan je..huhuhu...reten kat opis menunggu je untuk dilaksanakan..hahahaha...tiiiddaakk......!!!!
Thursday, March 12, 2009
cuti....
mlm ni aku keje lagi ... tp rase seronok sket.. sbb esok aku dah nak mula cuti.. mase aku apply cuti seminggu ni tak tau plak yg ia jugak merupakan cuti sekolah.. so, best la kiranya cuti kali ni, ramai sedare mare yg lik kg... lama gak tak jumpa diorg..
.
hm..td ptg aku ngn keras pi gelang patah, pi kedai ikan.. nak beli ikan utk akuarium..
aku tertarik ngn ikan tiger.. cantik n comel, aku bli 5 ekor.. nampak menarik je bila letak dlm akuarium kat umah.. renang ramai2 kesana-kesini..huhuhuu.. mcm nak join skali je..
lps ni aku nak cari pulak ikan mix colour parrot fish.. warna-warni..aku suke sgt.. kat mane la aku leh cari..???
Jawatan Kosong 2009
Sekarang ni ekonomi Dunia amnya, khususnya Malaysia makin merudum, bila ekonomi dah jatuh, peluang pekerjaan pula makin sempit. Yang diberhentikan kerja pulak beratus2 ribu di Malaysia sahaja. Tak ditambah lagi dengan pelajar-pelajar lepasan Pusat Pengajian Tinggi...
kat sini aku paparkan senarai-senarai laman web yang menyenaraikan jawatan2 kosong samada swasta mahupun kerajaan untuk korang yang masih mencari kerja.. Links pun aku ada paparkan di side bar blog ini.. Berusahalah..selamat mencuba..
1. Jawatan kosong
2.Jawatan kosong 2
3.Cari Kerja
4.E-Job
5.Jobs Malaysia
6.Kerja.com
7.Malaysian Career
8.Goverment Job
9.Jabatan Latihan Khidmat Negara
10.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
11.Jawatan Kosong 3
12.Jawatan Kosong 4
Pemeriksaan Sekolah Lagi
Gambar 1:
Izan di bilik pentadbiran..tunggu data-data yang diminta dari pihak sekolah.
Gambar 2:
SK Sri Tebrau ni antara sekolah yang ceria.. Warne sekolah nye yang sungguh menarik dan redup, berbeza sekali ngn sekolah2 yang telah aku periksa sebelum ini.. Landskap dia memang tit-top..
*maaf ye gambar aku takde...sebab xde org nak ambil gambar aku..ish..ish..ish..
Tuesday, March 10, 2009
Peti Sejuk baru dari Jusco
assalamualaikum... d pg yang ceria ni, apa yg aku nak crite ye kalini..?? pasal gambar, skali lagi aku minta maaf banyak2.. belum ade apa2 perkembangan yang menarik.. nway, smlm aku tak pi mana2 pun, ye lah cuti Maulidur Rasul.. banyak lepak kat umah je.. yelah, mlm sebelumnya aku keje shift mlm sampai jam 7 pg..
Smlm jugak peti sejuk berjenama panasonic baru tiba dari Jusco, selepas seminggu lebih dari hari pembelian..baru diaorang nak hantar.. ish..ish..ish..apa kes..?? alhamdulillah , akhirnye lengkap lah umah baru kami ngn barang2 keperluan utama.. kabinet tv pun dah masuk..ish..ish..ish.. panjang critenye..
smlm abah call dari kampung, katanya nenek masuk wad d hospital besar melaka, sakit tua. mungkin ari khamis ni aku lik kg...cuti lame sket.. dah almost a month dah tak lik kg..
rindu gak ni pi keliling kg... bosan bile hari2 keje, nak jugak relaks2 sambil dengar ayam berkokok.. hahahaha...
Sunday, March 8, 2009
Hukum Sambutan Maulidur Rasul
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
- Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
- Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."
- Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.
Saturday, March 7, 2009
Masalah gambar..(Maaf ya..)
dalam minggu ni aku x dpt nak upload any gambar berkaitan tulisan aku ni , disebabkan masalah camera fon aku.. ish..ish..ish.. ade masalah sket, insyaAllah, bila dah ok nnt, aku akan upload gambar2 yang menarik untuk tatapan korang nnt .. Maaf banyak2 ya..
semalam aku pergi lagi check sekolah bersama ngan keras dan juga pka Azizun serta pra Hairi untuk memeriksa sekolah iaitu SMK Desa Skudai dan SK Desa Skudai. Alahamdulillah semua berjalan lancar, wlwpun memakan mase nak cari lokasi sekolah tersebut..
pagi tadi aku bersama izan dan keras pergi memeriksa SJK(T) Tmn Tun Aminah dan SJK(C) Tampoi. Kali ni ianya berjalan lancar dan senang nak cari sekolah-sekolah tersebut..
Wednesday, March 4, 2009
EWAH-EWAH
semalam la aku start keje 3 shift, mula 3 ptg, sampai jam 11 mlm.. ten sambung esoknya, 7 pg hingga 3 ptg, then malamnye 11 mlm till 7pg..
hari ni aku nak citer pasal rancangan EWAH-EWAH kat tv3 setiap pg isnin sampai rabu jam 11 pg. memang menarik, tak miss pun aku ngk citer tu klw kat opis..
hilang gak rase boring pg2 kene keje..ish..ish..ish... memang bagus gandingan Nabil ngn Kak Engku, tp kdg2 mereka berdua ni over jugak.. anyway it was a good show..
hmm..satu lagi aku nak citer psl keadaan politik kat Malaysia ni, lps satu-satu kisah..lawak pun ade gak.. ntahlah, kita ni bkn fanatik sgt pal politik ni, just amik tau skit2 je.. tp aku tak puas hati la ngn gelagat parti2 politik kat Malaysia ni.. tak kiralah yang kerajaan ke pembangkang ke.. lebih kurang je.. x mcm dulu-dulu.. Aku mmg respek kat DR.M semasa era pemerintahnnya.. So Power...!!
Lastly aku harap sgt yang politik Malaysia ni akan stabil smula, tak perlu la nak kecoh2 benda2 yang x berapa nak penting..
Yg penting teruskan rancangan untuk kemajuan n kestabilan Malaysia.. dari segi ekonomi, pembangunan, keselamatan dan yang paling penting skali..RAKYAT..
Melayu Mudah Lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
-DR .MAHATHIR-
Monday, March 2, 2009
Cekodok Goreng
hari ni aku kene keje 2 shift utk OT.. dari kul 7pg tadi sampai kul 3 ptg.. then 11 mlm smpai jam 7pg... ish..ish..ish.. xpe, rezeki jgn ditolak..
kene ot mlm ni pun secara kebetulan je.. mase kat umah td dalam jam 9 mlm lebih, mase tgh ngk citer Nasib DO RE MI, aku dpt panggilan dari opis,katanya aku bleh OT tak mlm ni sbb ade sorg rakan sepejabat aku tak dapat nak datang malam ni.. aku tak kisah, umah bukannya jauh sangat pun.. ish..ish..ish.. so aku pun ON je.. he3..
td mlm aku ngn Mikel goreng cekodok...ntahla tiba2 je nak mkan cekodok, dah jemu makan nasi hari2..hehehe.. Mula2 aku yang goreng, then dapat panggilan dari seseorang, tergayut kejap so izan yang sambung goreng, siap buat air teh lagi.. tp mase aku tgh gayut tu, sorang lagi rakan serumah, keras dah lik keje.. dia pun join sklai, siap buat lemprng lagi, mkn ngn sambal..huahuahua..hebat tak kitaorang..?? klw ade sesape yang terasa nak makan cekodok or lempeng kitaorang, meh la datang n rase sendri..
wooooo..banyak sedap tau...ish..ish..ish.. terpakse angkat bakul sendiri...lalalala
DATING dalam Islam..
assalamualaikum..wbt.
Semalam aku ade ngk rancanagn HALAQAH kat tv9, tajuk nye "DATING".. Banyak jugak kisah yang dikongsikan..
alhamdulillah..kita dijadikan ALLAH dengan sifat kasih sayang yang cukup bernilai dalam sanubari kita.tetapi, apa yang menjadi masalah..khusus bg anak remaja/golongan muda kita yang ghairah bercinta..mereka telah lupa pada asal fitrah kasih sayang yang sebenar. aku lihat pada fenomena yang berlaku kini...rata2 pasangan yg bercinta lebih suka ikut nafsu sendiri. cthnya..
berpegangan tangan, berdua-duaan, berpelukan, bercerita mengenai perkara2 yang melaghakan...& berbagai lagi...malah ada yg lebih teruk dari itu..hinggakan ada yang sanggup 'bercumbu', 'berpelukan', 'bermesra' dll..di hadapan orang ramai pulak tu...astaghfirullahalazim...apa nak jadi dengan anak muda islam kini..tak rasa takut langsung buat maksiat secara terbuka begitu...
kenapa ini boleh berlaku?mana perginya sifat malu? mana perginya rasa takut pada ALLAH...???mana???
wahai pemuda pemudi islam... ketahuilah bahawa semua tu adalah maksiat dan berdosa jika kita melakukannya..
nak bercinta..boleh..tapi ikut la cara islam...aku terkilan dengan sikap berani segelintir pasangan yg tidak gentar pada 'hukuman yg dijanjikan ALLAH jika mereka melakukan perbuatan2 yg membawa kepada dosa'...
orang lain tengok, diorang xder rasa malu pun...ya ALLAH..adakah begini akhirnya sikap umat akhir zaman???
wahai pemuda pemudi islam....
sedarlah...jauhilah maksiat dan zina...jauilah perbuatan2 yg membawa kpd dosa...takutlah pada ALLAH!!
sedarlah kita...jangan sampai ketika kita melakukan maksiat tersebut..malaikat maut mencabut nyawa kita.. sungguh azab dan siksanya jika kita mati dengan cara begitu..kembalilah kepada Islam..
nak bercinta..ikutlah apa yg digariskan Islam..
jangan ikut nafsu...kelak nanti ke neraka tempatnya.
aku ni pun bukan nye baik sangat, tetapi sebagai ingat mengingati anatara satu same lain..
muge kita semua dirahmati Allah..
wallahua'lam.