Followers

Wednesday, November 28, 2012

Trip Resort World Sentosa : Universal Studio Singapore - Part 1

Salam musim hujan..
Yelah sekarang ni hari-hari hujan turun.. hehe
Ok berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya trip ke USS ni dah lama iaitu pada 6 November lepas, tp skrg baru ada masa nak bagi up the story.. :) . Semasa merancang program ni, cuma 4 orang je yang setuju nak folow, but till da day, seramai 16 orang kengkawan yang join k... dah macam rombongan cik kiah.

          lps dah scan passport kat kaunter imigresen malaysia , sumer busy isi white card tuk imigresen Singapore plak sementara tggu bas causewaylink a.k.a bas kuning

Seperti biasa la, kami berkumpul seawal 8.00 pg di pit bus CIQ link kedua ni, al maklumlah, janji melayu , jam 9.30 pun masih ada yang belum sampai..Baru kumpul dah berpeluh-peluh menunggu. Alhamdulillah , x la lama SANGAT menunggu bebudak ni.. adusssss...

 nilah kerja mereka..snap..snap..snap.. tggu train sampai...ni masa kat stesyen outram park.

Ok, semua dah ade, bas kuning sampai, semua bergerak ke singapura,,:) perjalanan semua ok , happy dan x sabar nak sampai ke uss.

senyum-panjang dlm train....
berjalan kaki dari Vivo City...
Sentosa Boardwalk antara Vivo City dan USS.... Fee : 1 Dollar Singapore
Kasi peluh skit sebelum sampai USS..  
 
                                



Tuesday, November 20, 2012

Let Us Pray For People Of GAZA

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari).


 Sedang kita bergembira ada saudara kita yang bersengketa. Bukan mempertahankan hak tapi mempertahankan negara dan agama. Di mana kita untuk mereka. Di mana kita bila kita akan ditanya. Sampai bila kita hanya nak berdiam, tinggikan suara bila tertawa. Sampai bila kita nak menyumbang untuk membunuh mereka.


  ** Semoga dengan doa kita semua Allah s.w.t akan memberikan kekalahan pada tentera-tentera yang menyerang Gaza. Dan moga kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Umat Islam perlu bersatu. AMEEN

Friday, November 2, 2012

Selamatkan Bolasepak MELAKA !!!

Salam..
seminggu dua ni arena bolasepak melaka bergegau secara tiba-tiba. Hari-hari paper bercerita pasal sukan bolasepak MELAKA. Apa dah jadi..? Kenapa huru hara..?? Kenapa ramai tak puashati? apa tindakan MAFA( persatuan bolasepak melaka) ?



Peminat/penyokong  menantikan kegemilangan bolasepak Melaka. Jika dibiarkan begini, maka lenyaplah bolasepak MELAKA itu sendiri. Asyik pentingkan pembangunan sahaja. SUKAN?? tak ada langsung.. hampeh belaka...



Yang aku tak paham tu adakah patut Presiden MAFA , suruh buat kutipan derma untuk memajukan pasukan MELAKA..?? Whattttttt..??? Bengonglah.. tak bolehkah berijawapan yang positif sket, kot ye pun kurang bajet..takkan nak minta derma berterusan. Awak sebagai Ketua Menteri, takkan tak boleh dapatkan penaja2 untuk pasukan negeri awak..? Kalau camtu, lepaskan la jawatan awak dalam MAFA,

Jom like fb ini : PenyokongBolasepakMELAKA

**hope ada perkembangan yang positif selepas ini....


Sunday, October 28, 2012

Lirik Pilihan : KOTA MEKAH by NADA MURNI

KOTA MEKAH (Nada Murni)



Kota Mekah Kota Sejarah
Bumi Tandus Penuh Barokah
Bumi Terpilih Adanya Baitullah
Lambang Kebesaran Dan Keagungan Allah

Setiap Kali Zulhijjah Menjelma
Kota Mekah Tambah Meriah
Berduyun Manusia Berbilang Bangsa
Datang Beribadah Mencari Keredhaannya

Labbaikallahumma Labbaik
Labbaikala Syarikala Kalabbaik
Innal Hamda Wanni'mata
Laka Wal Mulk
La Syarikalak

Ibadah Haji Suatu Perintah
Bagi Yang Mampu Wajib Menunaikan
Untuk Melengkapkan Rukun Islam Kelima
Kemuncak Ibadah Ummat Semua

Di Mekah Juga Quran Di Turunkan
Mukjizat Terbesar Nabi Muhammad
Kitab Yang Suci Anugerah Ilahi
Penunjuk Jalan Menuju Allah

Tersergam Berdiri Baitullah
Di Setiap Musim Dihias Indah
Tempat Mengadap Semua Wajah
Lambang Perpaduan Seluruh Ummat


**selalu dengar lagu ni setiap pagi di tv1 jam 6 pagi..rancangan mengenai haji..  semoga satu hari nanti ada panggilan untuk saya ke sana.. insyaAllah..amin..:)

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia.
Tahun ni raya korban aku n famili tak dapat pulang ke kampung sebab kena berkorban untuk bekerja dihari raya tahun ni. Raya aidilfitri kami dah cuti, hari raya haji ni pulak, bagi peluang kepada staf yang bekerja di 1 syawal plak  untuk bercuti.. Adil kan.
 Meskipun hari raya haji ni kurang semeriah aidilfitri, tapi mood raya tetap di kampung...



** pagi2 masuk kerja sangat sayu rasanye, lagi2 dengar takbir raya dalam kereta semasa menuju ke opis...

Thursday, October 25, 2012

Super Supportive

As-salam tuk semua..:)
Kali ni aku cuma nak share gambar famili aku yang terpampang kat surat khabar NST semalam..
Nasib tak begitu baik sebab aku tak ada masa tu sebab aku join aktiviti 10000 langkah. apapun jom skodeng ...


 Semangat nak join progam tu memang berkobar2, walhal sebenarnya nak dapatkan T-shirt pink yang dikatakan untuk 500 peserta pertama.. tp datang seawal 6.30 pagi pun still x mampu nak dapatkan t-shirt tersebut.

**super supportive k.... at last kuar paper, tebus kecewa x dpt t-shirt.. hehehe

Tuesday, October 23, 2012

Bajet BAGUS

Salam..
Kat sini aku bukan nak complain ke apa ke.. cuma nak kongsi bersama la ragam masyarakat sekeliling..
sekarang ni zaman "show off" dan :kipas lipas" sangat. Macam di persekitaran tempat kerja aku ni...oppss.. bkn tempat kerja aku, tp tempat kerja rakan sejawat aku.. cehh...


adalah sorang mamat ni  a.k.a junior aku la, sangat la ingin menunjukkan kehebatan beliau.. apa2 perkara dia yang kedepan dulu.. bagi aku itu budaya kerja yang bagus.. tapi yang tak elok nya, jgnlah sampai lebih kuah dari sudu.. Faham-faham je la keadaan kerja kita ni.. Orang bukan makin suka.. makin menyampah adalah.. lebih baik kita settle kan kerja kita dari menyibuk pasal kerja orang lain. Jangan nak kejar nama sangat . ada rezeki..insyAllah tak lari kemana..:)


Dalam hidup ni biasa juga berhadapan dengan orang yang berlagak serba tau. Kadang-kadang tu dia ni bukan tau apa pun tapi bila bercakap amcam lah semua benda dia tau dan kita ni semua salah. Kenapa semua orang diamkan dan ikut saja cakap mereka? sebab malas nak layan...haha


Kadang-kadang belum jumpa buku dengan ruas boleh la dia berlagak memanjang. Cuba dah jumpa orang yang lebih kurang macam dia juga...haa, gaduh mu lut agaknya kot. Kalau jumpa manusia macam ni sekali jelah aku sembang, lepas tu malas dah nak layan


**hmm adatlah kan.. mana2 tempat mesti ada sorang yang buat hal.. sabo je la..

Sunday, October 21, 2012

JUARA TREBEL : KELANTAN sangat bernasib baik.

Salam..
Masih belum terlambat nak ucap tahniah pada Team Kelantan sebab bejaya melengkapkan Kejuaraan Tiga Piala untuk tahun ini. Juara Piala FA , Juara Liga Super dan yang terbaru semalam menewaskan ATM FA 3-2 unutk Piala Malaysia. Tahniah ..pasukan anda sangat bernasib baik tahun ni. Tahniah juga pada Mat Yo, memang ada kelas.. Sori sesangat sbb aku tak pandai mengulas acara sukan ni.. tengok dan bebel sorang2 je boleh la..hahaha..
Hari ni memang sangat meletihkan..awal2 pagi tadi dah berlumba2 ke Taman tasik Merdeka... Ada kempen Breast Cancer dan juga Program 10000 langkah.. anjuran Pejabat Kesihatan dengan NGO-NGO terbabit.. so streefull sbb x dapat t-shirt.. only 500 erlybirds je yang dapt.. huhu.. its ok ma..
Balik dari progam kat Tasik tu, singgah jap di MEDINI MALL, saje jalan2 tempat baru.. hmm..ada masa nnt kita upload gambar k..
ok bye.. chayok2...


** sejak seminggu dua ni hujan turun sangat lebat di kala senja...

Friday, October 19, 2012

Final Piala Malaysia 2012 KELANTAN vs ATM FA

Final Piala Malaysia 2012 kembali lagi pada 20 Oktober 2012 bersamaan hari Sabtu ini. Mana satu pasukan pilihan korang tahun ni. Setelah tahun lepas kejuaraan ini di dakap pasukan Negeri Sembilan yang berpeluh menewaskan Terengganu dengan keputusan jaringan 2-1. Tahun ini milik siapakah piala yang menjadi dambaan setiap pasukan yang bertanding berserta penyokong-penyokong yang fanatik.


Antara dua gergasi ,  Juara Liga Super dan Piala FA 2012, KELANTAN The RED WARRIORS.. yang katanya ada Keeper super poyo.. opss.. Power.. hahaha



















Dengan seteru untuk tahun ini Juara Liga Perdana 2012 , ATM FA  yang ada si kembar yang bajet bagus.. hahaha


















Kita nantikan perlawanan secara langsung sabtu ini di Stadium Shah Alam. hmm..kenapa tak di Stadium Nasional Bukit Jalil...???

**aku x sokong mana-mana team kat atas ni sbb aku sokong team terengganu yang so unlucky this year... apapun aku rasa ATM FA will win this CUP with 2-1 win over KELANTAN.

Thursday, October 18, 2012

Macam mana nak hilangkan sawang

Salam Siaran Kembali..
Hm.. setahun lebih tak muncul.. bersawang..berlumut..nak menebas rumput2 yang panjang tak terkira..
Takpe2.. i'll start it again and again.. Nantikan lah kisah2 dan info2 yang akan aku kongsi bersama


Macam mana aku nak mula ni..?? hmmm...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails