Followers

Wednesday, March 2, 2011

Bola Sepak dan Futsal


BOLA SEPAK
• Bola Saiz 5
• 11 pemain
• 3 gantian
• Balingan ke dalam
• Pengadil Utama dan 2 Pengadil Garisan
• Masa permainan dijaga oleh pengadil utama
• 45 minit separuh masa
• Tendangan Gol (Goal Kick)
• Undang-undang offside
• Kesalahan tidak terhad
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang ditendang semula kepadanya
• Tiada gantian untuk pemain yang dibuang padang
• Tendangan sudut di garisan “arc”


FUTSAL



• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 pemain
• Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Sepakan ke dalam
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
• Masa dijaga oleh penjaga masa
• 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
• Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel
melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol.
•Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan gol dan tepi.


** malam ni update pasal permainan bola, sebab sat g lepas keje nak g main futsal.. training la katakan.. haha, mayb dis month ade game kat Batu Pahat... nak wat yang terbaik utk team EP FC JB... yihhoooooo ada sesape nak sponsor..?? hahaha
p/s :: aku tak nak citer pasal kekalahan Man United semalam okay..!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails