Followers

Wednesday, November 28, 2012

Trip Resort World Sentosa : Universal Studio Singapore - Part 1

Salam musim hujan..
Yelah sekarang ni hari-hari hujan turun.. hehe
Ok berbalik pada tajuk di atas, sebenarnya trip ke USS ni dah lama iaitu pada 6 November lepas, tp skrg baru ada masa nak bagi up the story.. :) . Semasa merancang program ni, cuma 4 orang je yang setuju nak folow, but till da day, seramai 16 orang kengkawan yang join k... dah macam rombongan cik kiah.

          lps dah scan passport kat kaunter imigresen malaysia , sumer busy isi white card tuk imigresen Singapore plak sementara tggu bas causewaylink a.k.a bas kuning

Seperti biasa la, kami berkumpul seawal 8.00 pg di pit bus CIQ link kedua ni, al maklumlah, janji melayu , jam 9.30 pun masih ada yang belum sampai..Baru kumpul dah berpeluh-peluh menunggu. Alhamdulillah , x la lama SANGAT menunggu bebudak ni.. adusssss...

 nilah kerja mereka..snap..snap..snap.. tggu train sampai...ni masa kat stesyen outram park.

Ok, semua dah ade, bas kuning sampai, semua bergerak ke singapura,,:) perjalanan semua ok , happy dan x sabar nak sampai ke uss.

senyum-panjang dlm train....
berjalan kaki dari Vivo City...
Sentosa Boardwalk antara Vivo City dan USS.... Fee : 1 Dollar Singapore
Kasi peluh skit sebelum sampai USS..  
 
                                



Tuesday, November 20, 2012

Let Us Pray For People Of GAZA

Rasulullah SAW bersabda:“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari).


 Sedang kita bergembira ada saudara kita yang bersengketa. Bukan mempertahankan hak tapi mempertahankan negara dan agama. Di mana kita untuk mereka. Di mana kita bila kita akan ditanya. Sampai bila kita hanya nak berdiam, tinggikan suara bila tertawa. Sampai bila kita nak menyumbang untuk membunuh mereka.


  ** Semoga dengan doa kita semua Allah s.w.t akan memberikan kekalahan pada tentera-tentera yang menyerang Gaza. Dan moga kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Umat Islam perlu bersatu. AMEEN

Friday, November 2, 2012

Selamatkan Bolasepak MELAKA !!!

Salam..
seminggu dua ni arena bolasepak melaka bergegau secara tiba-tiba. Hari-hari paper bercerita pasal sukan bolasepak MELAKA. Apa dah jadi..? Kenapa huru hara..?? Kenapa ramai tak puashati? apa tindakan MAFA( persatuan bolasepak melaka) ?



Peminat/penyokong  menantikan kegemilangan bolasepak Melaka. Jika dibiarkan begini, maka lenyaplah bolasepak MELAKA itu sendiri. Asyik pentingkan pembangunan sahaja. SUKAN?? tak ada langsung.. hampeh belaka...



Yang aku tak paham tu adakah patut Presiden MAFA , suruh buat kutipan derma untuk memajukan pasukan MELAKA..?? Whattttttt..??? Bengonglah.. tak bolehkah berijawapan yang positif sket, kot ye pun kurang bajet..takkan nak minta derma berterusan. Awak sebagai Ketua Menteri, takkan tak boleh dapatkan penaja2 untuk pasukan negeri awak..? Kalau camtu, lepaskan la jawatan awak dalam MAFA,

Jom like fb ini : PenyokongBolasepakMELAKA

**hope ada perkembangan yang positif selepas ini....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails