Followers
Sunday, September 25, 2011
Lirik Segalanya Allah - Iwan Syahman
Allahhu Rabbi Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Penyayang
Allahhu Rabbi Yang Maha Kuasa
Maha Pemurah Maha Pemberi
Sesungguhnya tiada yang layak
Harus disembah selain Allah
Allahu Rabbi Almalikul Quddus
Almutakabbir Alwaliul Qadir
Allahu Rabbi Aladlul Latif
Alhayyul Qayyum Alwaliyul Hamid
You got to believe it
There is not other things
To be worship The Only Allah
Allah Maha agung
Allah Maha Kaya
Allah Aaha Dari Segala-galanya
Allahu Ya Karim
Allahu Ya Rahim
Allahu Ya Qafur
Ya Rabbal Alamin
Subahanallah Maha Suci Allah
Segala Puji Bagimu Ya Allah
Yang mencantik sekalian alam ini
Maha Pengasih Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya kepadaMu kami mengabdi
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang penuh engkau redhai...
**first time dengar lagu ni dah menarik hati wa.. X sangke plak ni lagu dari Iwan yang dulu popular ngan genre Dangdut.. alhamdulillah.. sekarang telah melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik. Berbalik pada lagu ni..memang terbaik..Kalau dapat kita hafal lagu ni lagi best ..:)
Labels:
lirik pilihan
Friday, September 23, 2011
Tazkirah : Pesan Roh kepada Manusia ( Part 2)
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.".Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar !!!

tazkirah
Wednesday, September 21, 2011
Malaysia vs Jepun
Salam Hitam Kuning buat semua penyokong Malaysia..:)
Hari ni hari Rabu bersamaan 21 September 2011 , bermula la perjuangan Team Harimau Malaya dalam perjuangan merebut slot Olimpik 2012. Berada di dalam kumpulan C bersama, Jepun, Syria dan Bahrain akan menetukan sama ada Malaysia akan layak ke Olimpik 2012 di London nanti. Dan pada 23 September ini pula Malaysia akan menentang Syria , apapun kita bagi perhatian kepada perlawanan pertama ini.
Petang nanti perlawanan pertama bagi Kumpulan C antara Malaysia dan Jepun. Jom la ramai-ramai kita beri sokongan pada Harimau Malaya , walaupun sekadar di hadapan tv anda, ianya cukup memberi semangat dan menunjukkan yang kita BOLEH menang..!! Kita harapkan laha hasil strategi coach Kim Swee akan menghasilkan sesuatu yang berharga buat penyokong Malaysia.
Biarpun persiapan ini dilihat agak terencat kerana Irfan Fazail mengalami kecederaan di lutut dan Wan Zack Haikal Wan Nor cedera di pangkal paha, namun ia pastinya tidak terlalu merisaukan Kim Swee kerana masih mempunyai ramai lagi pemain yang mampu merobek gawang tuan rumah.
Antara pemian yang dipilih bagi saingan ini ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohamad Faizal Abu Bakar, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Ahmad Hazwan Bakri..
Bagi memudahkan kaliana untuk mengikuti perkembangan or perlawanan2 didalam saingan kali ini, wa paprkan jadual perlawanan yang membabitkan pasukan Harimau Malaya.. hiphip..... hooraaayyyy...!
21 September : Japan vs MALAYSIA
23 September : MALAYSIA vs Syria
27 November : MALAYSIA vs Bahrain
5 February : Bahrain vs MALAYSIA
22 February : MALAYSIA vs Japan
14 March : Syria vs MALAYSIA
**semoga berjaya buat barisan utaama HARIMAU MALAYA....
Hari ni hari Rabu bersamaan 21 September 2011 , bermula la perjuangan Team Harimau Malaya dalam perjuangan merebut slot Olimpik 2012. Berada di dalam kumpulan C bersama, Jepun, Syria dan Bahrain akan menetukan sama ada Malaysia akan layak ke Olimpik 2012 di London nanti. Dan pada 23 September ini pula Malaysia akan menentang Syria , apapun kita bagi perhatian kepada perlawanan pertama ini.
Petang nanti perlawanan pertama bagi Kumpulan C antara Malaysia dan Jepun. Jom la ramai-ramai kita beri sokongan pada Harimau Malaya , walaupun sekadar di hadapan tv anda, ianya cukup memberi semangat dan menunjukkan yang kita BOLEH menang..!! Kita harapkan laha hasil strategi coach Kim Swee akan menghasilkan sesuatu yang berharga buat penyokong Malaysia.
Biarpun persiapan ini dilihat agak terencat kerana Irfan Fazail mengalami kecederaan di lutut dan Wan Zack Haikal Wan Nor cedera di pangkal paha, namun ia pastinya tidak terlalu merisaukan Kim Swee kerana masih mempunyai ramai lagi pemain yang mampu merobek gawang tuan rumah.
Antara pemian yang dipilih bagi saingan ini ialah Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izuan Solahuddin, Mohd Zubir Mohd Azmi, Mohamad Faizal Abu Bakar, Muhammad Nazmi Faiz, Muhammad Syazwan Tajuddin, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy Govandar, Izzaq Faris Ramlan, Mahalli Jasuli, Mohamad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohd Fandi Othman, Mohd Izham Tarmizi, Syahrul Azwari Ibrahim, A.Thamil Arasu, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail, Fadhli Shas, Ahmad Hazwan Bakri..
21 September : Japan vs MALAYSIA
23 September : MALAYSIA vs Syria
27 November : MALAYSIA vs Bahrain
5 February : Bahrain vs MALAYSIA
22 February : MALAYSIA vs Japan
14 March : Syria vs MALAYSIA
**semoga berjaya buat barisan utaama HARIMAU MALAYA....
Labels:
sukan
Tuesday, September 20, 2011
Lirik Tanpamu - Amir Jahari
Selamat pagi semua
Dengarkanlah nada
Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga
ohh..
Embun pagi yang lembut
Menutupi pipi yang gebu
Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
ohh..ohh
Nalala..dudu..
Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa
Owhh..
Embun pagi yang lembut
menutupi pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut
(ulang 2 kali)
Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Kerana kaulah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Lalala..lalala..lalala.
singing
Lalala..lalala..lalala.
** lagu baru ni slalu main kat radio ERAfm, rupanya bekas pelajar AF9 yang telah disingkirkan.. alahai... apapun enjoice lagu yang cambest ni okay..:)
Labels:
lirik pilihan
Monday, September 19, 2011
Tazkirah : Pesan Roh kepada Manusia ( Part 1)
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab p...ada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
**sambungan di bahagian 2..... bersama kita renung-renungkan dan selamat beramal

Thursday, September 15, 2011
Selamat Hari Malaysia
Salam Malam Jumaat Keliwon.. hehehehe..:P
Seperti yang sumer sedia maklum, esok merupakan Hari Malaysia 16 September 2011. Iaitu hari lahirnya Malaysia dengan gabungan Sabah ,Sarawak dan juga Singapura, cume negara sebelah tambak telah keluar dari gagasan Malaysia.
Esok akan ada perbarisan hari kebangsaan yang mana sepatutnya dilaksanakan pada 31 Ogos , tp disebabkan korang sibuk nak beraya, so hari esok disambut skali dengan perbarisan hari kemerdekaan negara kita. Gigih duduk depan TV malam ni nak dengar ucapan PM, dengar kata bakal mengumumkan satu berita yang gembira.. adakah bonus atau pelarasan gaji yg digembar-gemburkan..??kita tunggu k....
Esok cuti, apa plan korang..? Wa masih lagi MC sehingga 17 September.. boring betul duk umah 2 minggu...ni:(
Disebabkan masih lagi mood raya, yelah puasa sebulan, so korang pun nak raya sebulan kan..?? hehehe... akan banyaklah jemputan rumah terbuka kan..? makan..makan..makan...
**nanti wa update pasal ucapan PM tu nanti okay..:P
**updated :: xde apa yg istimewa pun dari ucapan PM smlm...:(
*** skrg ni wa kat kg, abah wa masuk wad mlm smlm dsbbkan hernia... harap2 sumer ok..

corat-coret
Friday, September 9, 2011
Tax topup dan Bola Malaysia
Salam Malam Sabtu ...:)
Nak tak nak wa mau crite gak pasal 6% tax untuk prepaid.. korang stuju..? hm..malas wa nak kecoh2.. dalam hati tension gak, tapi nak wat cmner..? nak x nak kene jugak topupkan..??bak kata PM kat brite TV3 td, kerajaan x setuju aka luluskan cukai yang dikenakan oleh syarikat2 telco tersebut..tp apa yg kerajaan leh buat..??? k la, cukup la citer psl topup..
Aku sebenarnya nak story2 pasal perkembangan terkini BOLA Malaysia, skrg ni Piala Malaysia dah memulakan saingan, Team2 pilihan nampaknya memulakan langkah kaki kiri dengan kemenangan kecuali Selangor yang kalah.. hehehe. Macam biasa Piala Malaysia kali ni wa pilih Negeri Sembilan. Kenapa bukan Kelantan..?? sebab wa ada alasan sendiri.. sukahati wa la nak pilih mane pun..!!
Sekarang ni sibuk dengan berita pemain2 Malaysia yang ditawarkan ujian tuk pasukan2 EPL, Bak kata Harian Metro arini, Pemain Negara Ada Ramuan Gegar Eropah. Harap-harapla ya. Safee Sali dengan Safiq Rahim yang dikhabarkan bakal menjalani ujian ngn kelab Divisyen 2 Cardiff City, . Sebelum ni wa ada jugak dengar yang kelab Tony Fernandez tu nak uji beberapa pemain negara tuk diserapkan kedalam skuadnya QPR..? tp senyap je.. jadi ke x.?? QPR tu better sikit la sebab kelab baru dalam EPL.. ada kelas skit la.
Whatever pun, mane2 kelab pun, asalkan dapat main ngn baik, dan buka mata pihak di sane, itu sudah cukup bagus...
**tak suka tengok berita kat buletin utama malam ni...sbb wa x paham..!!!

Wednesday, September 7, 2011
Cuti Panjang angkara Campak
Salam Hari Raya to all..:)
Masih mood raya lag kan..?hehehe.. minggu ni rasanye sumer dah mula memulakan tugas dengan rase yang boringkan.. yelah cuti raye panjang, lemang, rendang ketupat dah sebati dalam diri.. hehehe, mulalah rasa malas memberontak nak mula kerja..
Samalah macam keadaan wa kat sini..last sunday dah mula keje..yelah, kita keje shift ni kene la amik turn jaga opis plak, bg chance mereka yang keje mase raya tuk cuti plak.. :) tapi nasib x menyebelahi aku, sempat keje 1 hari je, coz ari monday tu aku dah demam campak a.k.a chicken pox @measles.
Demam campak ni biasa kene pada kanak2 je.., tp kalau orang dewasa yang kene, lagi teruk n susah sket nak baik, dan demam campak ni leh bawa maut kalau x di rawat dengan baik. Sabar jela, dah tua2 camni baru nak dpt penyakit ni....;( Ari Isnin g klinik, MA bagi MC 2 hari, then dia suh datang skali lagi hari Rabu, hari rabu jumpa doc, dia bg tambahan 11 hari MC...waaaaaaaaaa.... apa aku nak wat ni..??
Alhamdulillah, setakat ni measles aku ni x la teruk sangat..:) hope cepat sembuh..:)
Ramai juga yang bagi petua2 tuk bantu sembuhkan penyakit campak ni... antara nya guna daun semambu, masalahnya, daun semambu pub wa x kenal..macam mana nak cari..? depa kata daun semambu ni memang mujarab.. mana wa nak cari..?selalu minum air masak dan sup ayam..?minum air kelapa... lepas tu ada yang kata minum air basuhan beras..hmm..?? betulke ni..??
Jangan makan sambal n makanan bergoreng serta jangan kena hujan.. hmmm...;)
**pssttt.. sekarang ni wa rehat n rawat je kat umah, tunggu kengkawan datang beraya.. hehehe.. tahun ni xde open house k.. sape nak dtg, bgtau, wa siapkan apa yang patut..:)
* MA tu cakap, "dik, campak ni sekali seumur hidup, kalau dah kene sekali xkan kene lagi...."

Thursday, September 1, 2011
Raya oH Raya
Assalamualaikum... masih lagi beraya ka..??
hm.. amacam raya korang kali ni..?? ada baek..?? wa sambut dgn penuh keserdehanaan tahun ni.
Alhamdulillah.. sumer yang dirancang berjalan baik... insyAllah esok kalau xde apa2 hal, wa akan menuju pulang ke JB.. nak kene masuk keje la.. Kalau sempat nak g umah beraya umah famili kat Singapore lak...
Wa n wife ari ahad barau start keje.. tp terasa xde mood plak nak p masuk keje.. still mood raya ok..:)
Raya tahun ni perjalanan nya panjang sekali.. yelah banyak tempat baru kene ziarah.. nasib baik la x jauh mane pun.... alhamdulillah perjalanan pun lancar... n we are happy...:)Duit raya kali ni banyak gak yang di leburkan... its ok its alright..
**tak sabar nak tunggu raya tahun depan lak.....:)

Subscribe to:
Posts (Atom)