Followers

Tuesday, May 31, 2011

Coming soon

Salam sumer..

Blog puterahati ini akan mengalami perubahan dari segi tatacara penulisan dan juga interface secara berperingkat.
Nantikan perubahan itu nanti ok.. kalau korang ada idea nak dikongsi tu sila2 la hulurkan bantuan okay..!!
Sebab aku rasa kalini aku nak wat perubahan yang wild sket... hehehe.. wild macam mana tu..? lebih wild ke lebih sopan..? hahaha... tggu okay... lalalalaala.. 
Bermula JUN 2011.................... 

Bos dipuji Bos dibenci

Salam malam selasa..:)
duk saje-saje ni tgn ni ade la benda nak di taipkan... hehehe
ok, aku nak citer pasal org atasan kat tmpt kerja aku la... korang paham jela makne orang atasan tu ok.. malas nak citer lebih-lebih nnt meleleh pulak hingus tu hahhaa


Tak tahula knapa makin hari makin bertenaga orang atasan itu memperlekehkan orang2 bawahannya... sabar jela .... bukan nak kutuk ke ape, aku cakap yg benar ni, hari2 masuk opis..itu je la citer dari rakan2 sepejabat..mcm xde citer lain plak.. aku bukan la anti sangat ngn org atasan itu, tp beliau kenela berpada2 pada orang bawah, janganla nak membuka pekung depan org lain..tegur utk kebaikan xpe, tp jgn la smpai menjatuhkan air muka orang lain...


Ramai dah tahu yang awak tu ada anak buah kesayangan, sumer yang beliau buat adalah yang terbaik.. tapi awak tak tau yang sebenarnya, dah terang2 copy paste dr org lain, then ngaku diri sendiri yang buat.. adoi.. kesian kat kawan2 itu.. sabo je la..

Pada kawan yang kaki kipas tu plak, bawa2 la bertenang, sebelum kawan2 lain bawa bertendang pulak.. jgn duk pikir awak tu je yang bagus.. org lain dah makin menyampah kat awak tu.. sedar2 la, kita ni org baru ... so kene la beringat sket...

okla setakat tu je peringatan dari aku ni... daaaaaaaaaaaaaaaa . sama-sama la kita muhasabah diri ok...:)

Monday, May 30, 2011

Menang dan Kalah

Salam..
Minggu ni penuh dengan aksi2 kat tv tu.. memang best, tp x terlayan sbb penat merewang kat majlis kenduri kawen sepupu kat melaka. Bulan 6 ni memang banyak sangat xtvt yang menyebabkan kami berdua ke hulu ke hilir la bulan ni.. tp xpe, skrg dah berdua..memang syok klw nak jalan2 ke mana jua...

Pada 27/5 lalu, sepupu aku INA , selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Rizal, org kg sebelah je.. tahniah ye buat korang pasangan suami isteri...




ok...lps tu nak citer pasal final liga Juara-Juara , aku x nak komen panjang la, nasib baik aku x g ngk.. sbb dah ngantuk n penat sangat, tak terdaya nak menahan mate ni.. hehehe.. xpe, kalini man United kalah , next time leh try lg.. lalalala


semalam tengok jugak final mentor , aku bukanla ikut sgt program ni.. smlm tengok kat opis, mmg aku dah agak, itu sumer agenda TV3, yang kononya masa semi final, bley plak wat kejutan yang salma terkeluar, n then leh plak masuk smula... hampeh... masa final, mmg x best pun si salma tu sbb aku lg prefer Shiha sbb dia mmg bersederhana, n lagu baru shiha paling best la antara 3 org tu..
tp memang x dinafikan la salma tu berbakat, tp aku rase dia x akan kemana la lps mentor ni, sama mcm Mohd juara mentor yang lalu...

Wednesday, May 25, 2011

tazkirah :: 10 sebab doa terhijab


“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.

nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

credit to :ingatingatlupa

Tuesday, May 24, 2011

Lirik Pilihan /MV : The Ariez - Khalimah Cinta




(Verse 1)
Ku ingin
Kau pejamkan matamu hanya untuk
Sekadar waktu
Ku ingin bisikkan
Khalimah cintaku
Dan selepas ini
Bukalah seluas mana pun
Yang engkau mahu
Ku hanya ingin kau tahu
Aku juga mencintai mu
(Verse 2)
Aku ingin
Kau slalu ada
Untuk menemani aku
Di segenap ruang hidupku
Aku ingin
Kau slalu mencintai aku
Supaya aku tenang
Selalu
(Chorus)
Cintaku hanyalah milikmu
Itu yang kau mahu dariku
Cinta mu milik ku itu
Juga yang ku mahu
Dariku semua untuk mu
Darimu untuk ku
Semoga kita akan tetap
Menyatu…uh..uh… (ulang Verse 2 & Chorus)
(ulang Chorus)

*new band from KK.. best gak , slalu dgr lagu ni kat radio ERA. apapun...klw korang lum dgr lagi, try la pasang telinga anda..

Pagi2 dah wat hal..:(

Salam selasa...





hm... hari ni aku nak citer pasal ketidakpuasan hati aku ngn staff petronas tmn perling... adoi.. dah la pagi td masa nak g keje, aku nak g isi minyak kete, so dengan rase yakin aku pun singgah petronas , dah mmg biasa kat petronas tu la aku isi minyak.. nak dijadikan crite..poket aku tinggal 10 hengget je.. mase tu kedai kat situ tgh renovate, mase aku nak masuk dalam kedai tu, ade sorang mamat cine yg begitu smart macam pegawai tinggi masuk nak p atm, so aku pun folo dia, tp aku plak minah petronas tu tak bg masuk.. perghh aku ckp org depan tu boleh plak.. minah tu ckp, org tu emergency.. eh2...aku pun emergency gak. so, aku pun ucap time kasih n sila buat macam ni lagi kat minah tu.... lantak ar... geram tul aku.. x nak dah singgah kedai tu lagi.. sabar jela..!!

sampai je opis aku buka youtube n tgk maharajalawak... perrrggh.. best tul konsert minggu lepas.. SEPAH, u guys mmg terbaek la.. minggu ni diorang wat lawak tentang makcik2 rewang... hahahaha gila2 lawak... korang memang happenning...dulu masa mula2 start aku suka JOZAN, tp skrg aku rase SEPAH lg better la.. semoga SEPAH menang kali ni.. yihaaaaa....


perut aku dah lapar ni.. nak g makan, sesape nak join mari lah kita makan d'simpang.. macam2 ada.. yokkk...

Monday, May 23, 2011

We Are The Champions - MANCHESTER UNITED

Manchester United are 2010-2011 EPL Champions for the record 19th time



Sangat teruja tengok game Man United lwn Blackpool td. Sebenarnya niat nak tengok detik2 piala kemenangan di raikan oleh team terbaik musim ini. Game malam ni sekadar pelengkap jadual, United nyata tidak mensia2kan game tersebut walaupun title JUARA telah berada di dalam genggaman dengan mengalahkan Blackpool 4-2. wah....aku sangat rase best giler tgk sesi penganugerahan Juara Barclays itu.. team-team lain, sila lah berusaha dengan begitu kuat untuk sesi yang akan datang, TAHNIAH UNITED..!

Sunday, May 22, 2011

Lirik pilihan / MV: Kisah Hati - Alyah



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir


Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya




**lagu ni best..mv dia pun best... background vid ni sungguh memukau.. perlis kan..?

Friday, May 20, 2011

Filem Review : Nur Kasih The movie

Sinopsis Nur Kasih The Movie:- Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.


 *Dari mata aku yang menonton
1. sebab filem ni diangkat dari drama, so perjalanan plot tu perlahan sket la, sesuai la duk kat umah sambil baring2 depan tv sbb kalau dalam panggung , datang plak dengan muka yang mengantuk..sangat mengganggu ye.
2. cerita filem kali ni memang berdasarkan 3 watak utama la, Adam, Nur dan Aidil. Kehadiran watak2 baru yang ditambah dalam filem ni sedikit sebanyak membentu jugak, mcm anak2 aidil yang sangat comel serta bebudak remaja yang mcm dah hilang arah tu..
3. aku tak suka sangat part2 meletup n tembak menembak itu.. sangat x pro okay..at least ia telah mencalarkan keindahan filem itu.. so sedey..
4.sinematography tu x perlu la di war2kan..sebab memang terbaek la.. lagi2 pemandangan kat Jordan tu..perrgghhh....... aku nak ke sana satu hari nnt.


5. di penghujung crite, Nur dan Aidil dan tua, seperti Nur dah nyanyuk, sbb x kenal sape2 kecuali anak beliau.
6. selamat menonton kepada yang ingin menonton.
7. tips dari saya :: jangan menonton filem ini kalau anda dalam keadaan keletihan dan mengantuk... 

Wednesday, May 18, 2011

8 Penyakit boleh sembuh dengan berjalan kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 

credit to wrlr.com.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails