Followers

Friday, May 20, 2011

Filem Review : Nur Kasih The movie

Sinopsis Nur Kasih The Movie:- Drama bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.

Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.


 *Dari mata aku yang menonton
1. sebab filem ni diangkat dari drama, so perjalanan plot tu perlahan sket la, sesuai la duk kat umah sambil baring2 depan tv sbb kalau dalam panggung , datang plak dengan muka yang mengantuk..sangat mengganggu ye.
2. cerita filem kali ni memang berdasarkan 3 watak utama la, Adam, Nur dan Aidil. Kehadiran watak2 baru yang ditambah dalam filem ni sedikit sebanyak membentu jugak, mcm anak2 aidil yang sangat comel serta bebudak remaja yang mcm dah hilang arah tu..
3. aku tak suka sangat part2 meletup n tembak menembak itu.. sangat x pro okay..at least ia telah mencalarkan keindahan filem itu.. so sedey..
4.sinematography tu x perlu la di war2kan..sebab memang terbaek la.. lagi2 pemandangan kat Jordan tu..perrgghhh....... aku nak ke sana satu hari nnt.


5. di penghujung crite, Nur dan Aidil dan tua, seperti Nur dah nyanyuk, sbb x kenal sape2 kecuali anak beliau.
6. selamat menonton kepada yang ingin menonton.
7. tips dari saya :: jangan menonton filem ini kalau anda dalam keadaan keletihan dan mengantuk... 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails