Followers

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka...!!


Merdeka...Merdeka..Merdeka... alhamdulillah.. dah 52 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan. Apa pengertian merdeka pada korang..??? bg aku la kan.. merdeka ialah merdeka..huhuhu.. aku pun sebenarnya masih gak duk kalut fikir..apa erti merdeka sbnrnya..?? hm..klw kata bebas dari jajahan ..tu dah biase sgt dgr la..
Apapun hepi birthday Malaysia.....!!!!:) aku harapkan Malaysia akan terus maju n makmur dan semuga rakyatnya hidup bersatu padu n apa yang penting......????? KERJASAMA.... hehehe(masih lagi dijajah oleh wonderpets...!!) Slogan yang di war2kan oleh kerajaan tu bleh tahan gak gempaknya..SATU MALAYSIA.. maksud satu malaysia..???

hm..arini dah masuk 10 hari kita sebagai umat islam berpuasa.. alhamdulillah dapat gak kita harunginya dgn baik.. cuma dua hari kebelakangan ini aku diserang demam.. bukan demam cinta yer dan bukan juga H1N1... ini demam betul2 nie... smlm g jumpa doc, katanya tonsil bengkak, n dats y la ia gak penyebab demam. So dia bg la 4 jenis ubat untuk di habiskan... alhamdulillah aku pun beransur baik...

Mlm ni shift aku keje lg.. tp nasib baek la rakan serumah pun keje mlm ni.. so apalagi, aku amik la kesempatan ni lepak2 smbil keje kat opis diorang.. ala, bkn jauh pun dr opis aku..dekat jer...
hehehehe..pg nie sambung lagi keje..huhuhu..OT lg.. tak larat wooo... n then petang kene lak g wat pemantauan bazar ramadan.. kali ni kami akan wat pemantauan kat bazar ramadan di perling lebih senang citer..kat blakang plaza perling mall.. pergghh mesti lembik dibuatnyer sok..dah la bazar kat situ banyak...huhuhu

k la.. thats all 4 2day ..jumpa lagi lenkali yekk..
salam merdeka untuk kalian semua... salam ramadan untuk anda semua.. salam sayang untk sahabat semua..

Merdeka..Merdeka..Merdeka..



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Monday, August 24, 2009

no idea

Assalamualaikum sumer..
sekejap je dah 3 hari kita berpuase.. hmm.. alhamdulillah semuanya seperti biase..
apa agaknya coretan aku kali nie ye..??? hmmm..maaf la xde idea kali ni..??
apa2 pun selamat berpuasa buat korang sumer..

lirik lagu - Ku Ingin Kamu (Romance)


Lirik Ku Ingin Kamu - Romance

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

ref:
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Back to ref

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Back to ref

ref2:

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

Back to ref2 [3x]

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas


*best lak lagu ni...lirik makan hati tue.. hakhakhak

yeah...dah raya...!!!

salam ramadan...
hmm..first day pose kat cni, keadaan cuace sungguh panas..alhamdulillah dpt menyempurnakan hari pertama dengan baek.. Hari pertama tu jugak lah keje kat opis melambak2..bayangkan..aku duk keje sorang2.. kebiasaanya tak macam nie, lg2 hari sabtu ..kali ni banyak lak konsaimen yang masuk melalui 2nd link.. ish..mmg dugaan btul hari puasa yang pertama ni.. dah la tu, kene keje dua shift sekaligus plak tue.. shift pg n shift mlm...bayangkan kepenatannya... ishh

hari puase yg kedua..pgnye aku sahur makan nasi ngan aym sambal ..makan free kat opis kesihatan PTP, sbb kat sana disediakan juadah berbuka n sahur percuma..hahaha...leh save budget..nak harapkan opis aku sediakan juadah percuma..hmmmm...bila tahun la agaknye kan..??
thnx la tu Lihin, sbb ajak aku yg tak tau malu join sama mkn kat opis dia..hahahahaha
ptgnya plak aku ngn lihin g jejalan kat jusco bukit indah...... yeah.....dah raye..!!!..
eh..blum raye lg la.. si jusco tu apa ke hal pasang lagu raya awal2??? hilang mood btul aku di buatnya...dah la kat dlm shopping complex tu ramai non-muslim je... hmmmmtd aku cume li roti n ayamas je.. nak wat mkn sahur nnt.. Mase berbuka td aku mkn kat kenny rogers.. mula igt nak mkn kat food court je.. tp tiba2 selera tu berubah angin plak... apapun alhamdulillah..dapat menyempurnakan ibadah puase hari yang ke dua... mlm ni tak dpt lg g terawih..sbb kene masuk keje...
huhuhuhuu..

wasalam..

Friday, August 21, 2009

Solat Tarawih

Lafaz Niat Sembahyang Terawih: (Solat Sendiri)

Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini Lilaahi Ta'ala

Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Lafaz Niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Solat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak dalam bulan Ramadhan. Solat ini hukumnya Sunat Muakkad, boleh dilakukan sendiri atau berjemaah, Jumlah rakaat Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam . Lebih baik dengan berjemaah .

Pada tiap rakaat surah yang dibaca adalah (selepas Al-Fatihah) menurut yang dikehendaki tapi diutamakan surah Al-Ikhlas


Hukum - Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)

Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.



*p/s>>mlm pertama ni aku tak dapat g masjid tuk solat terawih berjemaah sbb kene keje...huhuhu ruginya...

Selamat Berpuasa..

Esok Puase..

Selamat Datang Ramadhan...




Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi untuk ramadhan tahun ni tapi belum sampai lagi so tak pasti gak masih bernafas @ tak.. heh heh.. anyway tiap kali ramadhan sampai memang aku excited. bukan excited nak makan besh @ nak raya tau tapi excited nak kumpul pahala sebanyak mungkin. (^^)
Tp ramadhan kali ni berbeza ngn tahun-tahun yang lepas..tahun ni ramadhan pertama aku tanpa mak tercinta..huhuhuhu..sedihnyer.. masih lagi aku ingat, arwah lah yang selalulnya paling hepi n sibuk menjelang ramadhan ni. Selalunye first day puase, mak akan sediakan macam2 juadah berbuka.. yang pasti tahun ni, aku n famili yang lain sudah pasti merasakan perbezaannya.. Apa yang aku mampu lakukan untuk arwah di bulan mulia ni nnt, aku akan banyakkan sedekah fatihah n yassin wat arwah, n perbanyakkan doa agar arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman disisi Allah swt...ameen.. I,ll miss u so much mak..!!!

Thursday, August 13, 2009

minggu ni lik kg...


salam sumer..
ape cer ye..?? kes maut H1N1 makin meningkat hari ke hari, hari ni jumlah kematian akibat H1N1 ni dah cecah 51 orang.. ishhhhteruk giler dah..... pada kengkawan sumer.. berhati2lah, n amalkan kebersihan diri dan sekeliling kita.. hargai nyawa anda k.. apap2 pun kita banyak2 kanlah doa pada tuhan agar penyakit ini dapat di kawal segera. tp aku pun tak tau, naper org Malaysia ni mcm x ambil kisah sgt pasal benda ni.. mcm xde pape yg berlaku pun..wlwpun hari2 kat tv tu ade citer pasal kematian H1N1.. hmmm..susahlah klw cmnie, last wek housemate aku lik kg kat melaka, dia ade citer yg org2 kat melaka nmpknye ade gak yang pakai mask, terutama kat tmpat2 kunjungan org ramai....tp kat johor ni, ssh la nak nmpk..wlwpun paling banyak kematian akibat H1N1 ni berlaku kat johor... sape yg nak di salahkan..???

k, cukup pasal H1N1, aku nak gtaw, minggu ni aku nak lik kg..hoorrayyy..!!! aku balik pun bersebab jugak..sebb abah kat kg nak wat kenduri b4 masuk bulan ramadhan next week.. termasuk skali untuk kenduri arwah buat mak, nenek atok yg telah kembali kerahmatullah....
huhuhuhu..i miss so much my mom.. tahun ni 1st time pose n raye without my mom tercinta..huhuhu..sedihnyer...


klw ade member2 blog nak jumpa aku kat melaka..just let me know k(0122373914)

Wednesday, August 12, 2009

tarikh lihat anak bulan Ramadhan

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 20 Ogos

KUALA LUMPUR: Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis 20 Ogos ini. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 29 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu. Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Balai Cerap Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pantai Acheh Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Kemuning, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu. Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kula Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

-BERITA HARIAN- 12/08/2009

selesema babi (H1N1) MENGGANAS

H1N1: 6 lagi kes kematian, keseluruhan 44

PUTRAJAYA: Enam lagi kes kematian terbaru, termasuk dua bayi akibat H1N1 dilaporkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan 44 kes sehingga semalam. Empat daripada enam kes kematian terbabit membabitkan mereka yang berisiko termasuk ibu mengandung berusia 18 tahun, bayi lelaki berusia 12 bulan dan bayi perempuan berusia 10 bulan. Perkara itu diumumkan pada sidang media Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di sini, sebentar tadi.

-BERITA HARIAN - 12/8/2009


Gelombang penyakit selesema babi (H1N1) di Malaysia semakin teruk n betambah kritikal. Langkah2 pencegahan perlu ditingkatkan dan maklaumat menegenai penyakit ini kene lah digiatkan dgn lebih lg bg memberi pengetahuan kepada penduduk mengenai bahaya penyakit ini. Pada pandangan aku, penggunaan mask, amatlah perlu diwajibkan penggunaannya ketika ini, bkn sahaja pada yang berisiko tinggi, but kpd sumer org , lbih2 lg bila perlu berade di tempat tumpuan ramai..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails